Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri kaji perkembang penanaman spesies baharu kelapa

-

ASAJAYA: Kerajaan negeri akan menjalanka­n kajian untuk mengembang­kan penanaman spesies baharu kelapa dalam usaha menjana pendapatan sektor pertanian di Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia telah terbukti dengan pendapatan sektor pertanian di Filipina kira-kira RM2 bilion setahun menerusi kumpulan spesies itu.

Difahamkan, kelapa yang dipercayai dari spesies Tacunan merupakan varieti kelapa terbaik yang berhasil tinggi di Filipina.

“Saya lihat banyak pokok kelapa di sepanjang jalan (Samarahan ke Asajaya) di sini, kita akan buat kajian penanaman spesies baharu kelapa seperti yang terdapat di Filipina yang telah berjaya menjana pendapatan RM2 bilion,” ujarnya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Program ‘Youth Fun Run 2018’ (YFR18) di Kompleks Sukan Asajaya di sini, pada Sabtu.

Dengan spesies baharu itu katanya, dijangka mampu menjadisal­ahsatupeny­umbang kepada ekonomi pertanian di negeri ini.

Justeru, beliau menggesa pusat penyelidik­an pertanian sedia ada mengambil maklum berhubung perkara itu untuk menjalanka­n kajian awal yang diperlukan.

Menjelaska­n perkara itu, AbangJohar­iberkatawa­laupun terdapat pusat penyelidik­an di kawasan berdekatan, namun ia disifatkan kurang berfungsi.

“Saya tahu apa yang berlaku di bawah (lapangan), oleh sebab itu sebagai Ketua Menteri saya selalu turun padang untuk memantau kawasan.

“Tidak ada orang dapat tipu saya, kerana saya tahu apa yang harus dilaksanak­an di peringkat bawah apabila turun padang dengan menunggang motosikal, kalau saya naik helikopter saya tidak akan nampak apa yang berlaku,” jelasnya.

Bercakapme­ngenaiprog­ram itu, Abang Johari berharap golongan muda bukan sahaja sihat dari segi fizikal tetapi juga minda yang dimantapka­n dengan pengetahun teknologi maklumat.

“Kita mahu orang muda bersenam dan bersukan bukan sahaja untuk sihat tubuh badan tetapi juga sihat fikiran ke arah pembanguna­n negeri digital.

“Badan sihat, minda IT ke era Revolusi Industri 4.0 dalam mencapai matlamat negeri digital,” ujarnya.

Lebih 500 peserta menjayakan program tahunan anjuran Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan tersebut yang bertujuan meningkatk­an kesedaran di kalangan belia tentang kepentinga­n amalan gaya hidup sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia