Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak masih jauh capai 60 peratus pelajar STEM

-

KOTA SAMARAHAN: Sarawak masih jauh untuk mencapai sasaran 60 peratus pelajar sekolah yang belajar dalam Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, Sarawak ketika ini berada 19 peratus.

“Sarawak kini hanya mencapai pada tahap 19 peratus dalam perkara berkenaan sementara bagi pelajar dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) hanya pada tahap 23.5 peratus.

“Tahap ini masih lagi jauh seperti yang disasarkan iaitu 60 peratus,” katanya berucap merasmikan majlis ‘Asasi UNIMAS Scienceplo­ration Camp 2018’ di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, pada Sabtu.

Ia bermakna kata Manyin, selepas Tingkatan 3 hanya 19 peratus sahaja daripada jumlah pelajar yang ada layak memasuki kelas aliran Sains.

“Jika di sekolah berkenaan ada enam kelas Tingkatan 4, maka hanya satu sahaja kelas aliran Sains yang hanya menyaksika­n dalam 20 pelajar sajaha,” katanya.

Mengambil contoh Sekolah Sains Kuching Utara di sini, beliau berkata sekolah itu menerima 1,200 pelajar memohon pada tahun 2018 dan daripada itu, hanya 400 pelajar layak diterima.

Tambah beliau, pembanguna­n dan hala tuju Sarawak untuk masa depan bergantung kepada pelajar masa kini.

“Jika kita tidak cemerlang dalam STEM, kita tidak dapat mencapai wawasan Ketua Menteri yang mahukan Sarawak ke arah ekonomi digital.

“STEM amat penting bagi membolehka­n Sarawak melahirkan golongan pakar yang mampu memenuhi permintaan dalam Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Seramai 116 pelajar lepasan SPM dan pelajar Tingkatan 4 dan 5 dari sekolah sekitar Kuching dan Samarahan menyertai kem dua hari berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia