Utusan Borneo (Sabah)

‘Lelaki Bertuah’ unggul

Konsert Carta Lagu Paling Manang Sabahfm

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

LAGU nyanyian Hazeem berjudul ‘Lelaki Bertuah’ telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Lagu Paling Manang 2017 pada Konsert Carta Lagu Paling Manang Sabahfm Edisi ke-5 yang berlangsun­g di PPR Taman Batu Sapi, Sandakan pada Sabtu.

Manakala lagu berjudul ‘Apa Khabar’ nyanyian Danz telah menerima Anugerah Lagu Pilihan Penyampai Sabahfm. Sementara, Tony DatU-Ony yang membuat persembaha­n mantap dengan lagu berjudul ‘Impian Musnah’ telah menerima Anugerah Persembaha­n Terbaik.

Turut diraikan adalah lagu berjudul ‘Terimalah Aku’ nyanyian Tatiana Tukiman yang menerima Anugerah Rakaman Vokal Paling Manang.

Majlis penyampaia­n anugerah berkenaan telah disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Yahya, Pemangku Pengarah Penyiaran Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah (JASA) Datuk Abdul Manap Lakariba dan Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Haji Mohd Hamsan Awang Supain.

Enam lagi artis tempatan yang bertanding pada konsert itu termasuk Enol, Keydeet Jack Lanjian, Izzi, Tyqa Buloonk, Mimah Zulkifli dan Ray Adirano. Konsert turut diserikan dengan persembaha­n artis jemputan iaitu Ebi Kornelis dan Sharin Amud Shapri.

Carta Lagu Paling Manang yang bersiaran di Sabahfm merupakan terbitan Dj Sabrina Ba’as dan dijayakan bersama Dj Saito.

Ia bertujuan untuk mengetenga­hkan lagu dan karya seni artis tempatan Sabah serta penulis dan komposer dimana 10 lagu paling manang pilihan pendengar sepanjang tahun edisi semasa itu dibawa kepada pendengar pada konsert malam berkenaan.

Pada edisi lepas, konsert itu juga pernah diadakan di daerah Lahad Datu, Sipitang dan Menumbok.

 ??  ?? PARA penerima anugerah bersama rakan artis yang lain.
PARA penerima anugerah bersama rakan artis yang lain.
 ??  ?? TETAMU jemputan yang menghadiri Konsert Carta Lagu Paling Manang Sabahfm.
TETAMU jemputan yang menghadiri Konsert Carta Lagu Paling Manang Sabahfm.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia