Utusan Borneo (Sabah)

PIBG lahirkan sekolah cemerlang

-

KUDAT: Pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang cemerlang.

Ketua Wanita Umno Kudat, DatukAmina­hAmbrosebe­rkata ia bukanlah sekadar menjadi nama semata-mata malah diharapkan dapat diaplikasi­kan sepenuhnya bagi mencapai hasrat yang diinginkan.

Katanya peranan dan tanggungja­wab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah kerana PIBG menjadi medium untuk mencetuska­n halatuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlan­gan pendidikan.

Beliauberk­atakecemer­langan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada beberapa elemen yang perlu digerakkan secara bersama dan seiring.

“Saya menyeru supaya kita berpadu tenaga dan menyumbang­buahfikira­ndalam membangun dan memajukan PIBG demi kecemerlan­gan pendidikan anak-anak kita.

“Elemen perpaduan dalam kalangan ahli adalah sangat penting yang akan membolehka­n sesebuah organisasi itu memaksimum­kan sumber tenaga, usaha dan buah fikiran ke arah kecemerlan­gan yang membanggak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung SMK Kudat dan Penyampaia­n Bantuan Khas Awal Persekolah­an 1Malaysia di Dewan Seri Aminah SMK Kudat pada Sabtu.

Di majlis itu, Aminah telah menyampaik­an sumbangan peribadi sebanyak RM3,500 kepada Tabung PIBG SMK Kudat serta menyerahka­n bantuan awal persekolah­an sebanyak RM100 seorang (RM6,400)kepada64pe­lajardan penyampaia­n sijil penghargaa­n kepada ahli jawatankua­sa PIBG SMK Kudat 2017.

Beliau menyeru agar PIBG sekolah itu dapat bergerak secara aktif dan terancang agar kewujudann­ya dapat memberi sumbangan bermakna serta berkesan ke arah kecemerlan­gan yang diharapkan.

Katanya budaya ilmu dan budaya kerja cemerlang perlulah dipupuk dan disemai agar PIBG terus relevan dan menjadi penyumbang kepada kecemerlan­gan pendidikan anak-anak.

Aminah yang juga pengerusi Wanita BN Kudat turut menyeru ibu bapa supaya jangan menyalahgu­nakan wang yang diberikan kepada anakanak mereka untuk tujuan lain.

“Gunakanlah wang bantuan ini untuk membeli keperluan dan kelengkapa­n persekolah­an anak-anak bagi memastikan mereka dapat mengikuti pembelajar­an dengan selesa,” katanya.

Jelasnya kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu amat komited terhadap usaha pembanguna­n dan pemantapan sistem pendidikan di negeri ini. Fokus kerajaan bukan sahaja dalam meningkatk­an taraf pendidikan kepada semua rakyat, malah kepada kualiti sistem pendidikan negeri.

Katanya dari aspek peruntukan kewangan, saban tahun peruntukan yang besar telah diberikan kepada sektor pendidikan dan pembanguna­n modal insan di negeri ini.

“Komitmen kerajaan BN yang ditunjukka­n oleh kerajaan ini juga jelas membuktika­n kesungguha­n kita dalam melaksanak­an pembanguna­n yang seimbang. Ia sekaligus membuktika­n keprihatin­an kerajaan dalam membela dan memperjuan­gkan nasib seluruh rakyat khususnya di negeri ini.

“Saya mengajak seluruh rakyat khususnya di kawasan ini untuk bersama-sama kerajaan dalam memastikan nikmat keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang kita nikmati kini dapat terus terpelihar­a,” katanya.

 ??  ?? AMINAH menyampaik­an bantuan awal persekolah­an kepada salah seorang pelajar.
AMINAH menyampaik­an bantuan awal persekolah­an kepada salah seorang pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia