Utusan Borneo (Sabah)

Keuntungan FGV bukti ia diurus dengan baik

Pegangan saham dalam syarikat berkenaan tidak merugikan mana-mana pihak, kata Shahrir

-

JOHOR BAHRU: Peningkata­n keuntungan yang berjaya direkodkan oleh Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tahun lepas membuktika­n syarikat itu berada dalam kedudukan yang kukuh dan diurus dengan baik selari dengan peranan penubuhann­ya.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata keuntungan berkenaan telah memakbulka­n impian setiap warga Felda yang memiliki pegangan saham dalam FGV, termasuk warga peneroka yang turut memiliki pegangan saham dalam entiti perniagaan berkenaan.

“Di sini kita dapat lihat terdapatny­a perbezaan fungsi iaitu Felda sebagai agensi kerajaan manakala FGV pula entiti perniagaan yang memberi fokus mencari keuntungan dan membawa pulangan kepada pemegang sahamnya seperti Felda dan warga peneroka.

“Pengerusin­ya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid serta ahli lembaganya berjaya mengembali­kan peranan FGV sebagai entiti perniagaan menerusi peningkata­n keuntungan direkodkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Angkatan Tentera di sini kelmarin.

Shahrir juga menegaskan bahawa pegangan saham dalam syarikat berkenaan tidak merugikan manamana pihak seperti yang sering dilontarka­n oleh pihak tertentu yang berniat untuk menjatuhka­n FGV. Menurutnya perkembang­an positif itu diharap dapat terus diperkukuh­kan dengan pelbagai usaha dan sokongan daripada kerajaan serta Felda, terutama dalam sektor perladanga­n.

“Mereka (pembangkan­g) hanya tahu mencari salah. Akhirnya FGV terus untung secara berterusan dan setiap tahun juga dapat bayar dividen dan saya yakin bahawa Felda sudah pulih kepada asal dan akan terus diperkasa,” tambahnya.

Kelmarin, FGV mengumumka­n keuntungan sebelum cukai sebanyak RM417 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017, iaitu peningkata­n 60 peratus berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM260 juta pada 2016.

Dalam satu kenyataan, syarikat perladanga­n itu berkata peningkata­n tersebut susulan prestasi lebih baik pada sektor perladanga­n serta logistik dan lain-lain (LO).Bernama

“Keuntungan berkenaan telah memakbulka­n impian setiap warga Felda yang memiliki pegangan saham dalam FGV, termasuk warga peneroka yang turut memiliki pegangan saham dalam entiti perniagaan berkenaan. ” TAN SRI SHAHRIR ABD SAMAD Pengerusi Felda

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia