Utusan Borneo (Sabah)

Sistem percukaian disusun semula untuk pastikan pendapatan negara yang kukuh

-

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan menyusun semula sistem percukaian untuk memperkena­l Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) memastikan pendapatan yang kukuh untuk negara.

Perdana Menteri berkata 164 negara di dunia telah melaksanak­an GST, dan Malaysia merupakan antara ekonomi yang mengenakan kadar terendah di dunia.

Jiran kita, Singapura, baru- baru ini mengumumka­n akan meningkatk­an kadar GST kepada sembilan peratus, ada negara tetangga kita menetapkan 10 peratus dan India, sebagai contoh mempunyai empat peringkat (cukai),” katanya pada Malam Gala Tahun Baru Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Malaysia (ACCCIM) 2018, di sini kelmarin.

Turut hadir, Presiden ACCCIM Tan Sri Ter Leong Yap, Menteri Pengangkut­an yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi yang juga Presiden GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian.

“Kira-kira 500 item dan perkhidmat­an termasuk bidang kesihatan dan pendidikan diberi penarafan sifar,” katanya.

Najib berkata gabungan parti pemerintah telah melaksanak­an tanggungja­wabnya dan akan meningkatk­an pelaksanaa­n pelan transforma­si negara, selain tidak akan memainkan politik populis dan tidak menjanjika­n apa-apa yang tidak dapat penuhi.– Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia