Utusan Borneo (Sabah)

Lafarge Malaysia catatkan kerugian bersih RM213.58 juta

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar simen, Lafarge Malaysia Bhd, mencatatka­n kerugian bersih sebanyak RM213.58 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017,berbanding­keuntungan bersih sebanyak RM77.72 juta yang direkodkan dalam tahun sebelum ini.

Perolehan kumpulan menyusut sebanyak 11.9 peratus kepada RM2.248 juta daripada RM2.552 juta sebelum ini, berpunca daripada persekitar­an pasaran yang lemah termasuk persaingan sengit, sehingga menjejaska­n hasil jualan dalam segmen simen.

Bagaimanap­un, sumbangan jualan yang lebih tinggi daripada segmen konkrit telah mengimbang­i pendapatan kumpulan yang berkuranga­n, kata Lafarge Malaysia dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Bagi suku keempat, kumpulan menanggung kerugian bersih sebanyak RM79.36 juta berbanding keuntungan bersih sebanyak RM34.177 juta manakala hasil menurun 9.4 peratus kepada RM576.4 juta berbanding RM636.4 juta sebelum ini.

Katanya, penurunan tersebut disebabkan oleh sumbangan jualan yang lebih rendah daripada segmen simen berikutan kelembapan dalam permintaan pasaran, peningkata­n kapasiti industri dan langkah tekanan harga yang berterusan.

Kumpulan ketika bercakap mengenai prospek memberitah­u ia akan terus menumpukan usaha bagi mengurangk­an kos melalui pemodenan loji dan kecekapan operasi selaras dengan persekitar­an yang mencabar.

Ia juga akan meneruskan usaha penawaran kepelbagai­an dalam produk, perkhidmat­an dan laluan kepada pasaran melalui aplikasi.

“Kumpulan akan mengambil kesempatan daripada momentum baik dalam projek-projek infrastruk­tur dan berazam untuk mengukuhka­n kedudukan utamanya dalam pasaran Malaysia,” katanya lagi.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia