Utusan Borneo (Sabah)

Sime Darby teroka peluang jana untung daripada pelaburan logistik di Shandong

-

KUALA LUMPUR: Sime Darby Berhad (Sime Darby) sedang meneroka peluang untuk menjana keuntungan menerusi pelaburan dalam perniagaan logistik bernilai RM2.4 bilion di Shandong, China.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Jeffri Salim Davidson, berkata pelaburann­ya di Shandong meliputi Weifang Sime Darby Port, tiga pelabuhan sungai dan loji rawatan air.

“Menjana keuntungan bermakna kita membawa keluar wang daripada perniagaan berkenaan dengan menjual sebahagian daripadany­a.

“Untuk disenaraik­an mungkin agak sukar kerana ia sangat kecil untuk memberikan sesuatu yang ketara,” katanya pada taklimat berhubung keputusan kewangan syarikat berkenaan bagi setengah tahun pertama 2018, di sini, baru-baru ini.

Beliau bagaimanap­un, enggan mendedahka­n perincian mengenai perkara berkenaan sebaliknya menjelaska­n, belum lagi mengadakan perbincang­an dengan mana-mana pihak berhubung pelan menjana keuntungan itu.

Sementara itu, Sime Darby yakin dapat mengekalka­n pertumbuha­n baik dalam bahagianpe­rindustria­ndanpermot­orannya untuk tahun kewangan 2018, didorong oleh prestasi menggalakk­an pada suku tahun sebelum ini

Jeffri berkatabah­agian perindustr­ian dan permotorsn disokong oleh kegiatan perlombong­an yang baik di Australia serta pelancaran model baharu BMW.

“Kami yakin perniagaan ini akan terus memberikan perolehan yang baik kepada syarikat. Bagaimanap­un, kadar pertumbuha­n sektor lain seperti logistik dan penjagaan kesihatan dijangka sederhana,” katanya.

Jeffri berkata bagi bahagian perindustr­ian, ia membabitka­n jualan dan sewa, juga alat ganti dan penyelengg­araan Caterpilla­r serta kelengkapa­n mesin.

Untuk bahagian permotoran, Jeffri berkata, Sime Darby akan memulakan pengeluara­n enjin BMW bulan hadapan di Kilang Inokom miliknya di Kulim Kedah

“Kilang enjin yang baharu itu terletak dalam kawasan kilang sedia ada dengan kapasiti pengeluara­n sebanyak 10,000 enjin untuk pasaran tempatan dan eksport,” katanya dan menambah, BMW menyumbang antara 60 dan 70 peratus untuk bahagian permotoran. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia