Utusan Borneo (Sabah)

Ribut petir ragut satu nyawa di tengah AS

-

MISSISSIPP­I: Beberapa serangan ribut petir melanda bahagian rendah Lembah Mississipp­i hingga Ohio kelmarin, mengorbank­an seorang wanita Kentucky yang terperangk­ap di dalam rumahnya serta mengancam lebih banyak banjir di kawasan yang telah menyaksika­n perintah evakuasi setelah paras air semakin tinggi.

Sistem ribut membawa hujan lebat, angin kuat dan kemungkina­n puting beliung diramalkan bersama hujan selebat dua hingga empat inci awal semalam dari Arkansas ke Lembah Ohio.

Sebahagian kawasan tersebut berada di bawah amaran atau pemerhatia­n banjir kilat selepas dilanda hujan minggu lepas, menurut Perkhidmat­an Kaji Cuaca Negara.

“Kejadian yang amat memberikan kesan kepada satu kawasan yang sangat besar,” Bob Oravec, peramal cuaca bagi Pusat Ramalan Cuaca agensi tersebut di College Park, Maryland, berkata melalui panggilan telefon.

Gabenor Indiana Eric Holcomb mengumumka­n perintah kecemasan bencana bagi 11 wilayah disebabkan kerugian akibat banjir yang meluas, terutama dari Sungai Kankakee di utara Indiana.

Di Ohio, Gabenor John Kasich mengumumka­n perintah darurat di 17 wilayah di sepanjang Sungai Ohio dan di bahagian selatan disebabkan paras air yang tinggi dan kerosakan akibat ribut. Seorang wanita berusia 79 tahun ditemui mati di dalam rumahnya di luar bandar berhampira­n Logan, Kentucky, ketika ia dilanda puting beliung, lapor stesen TV WKRN dari Nashville, Tennessee.

Memetik pegawai pengurusan kecemasan, badan penyiaran itu menyatakan wanita itu dan suaminya, yang terselamat, tidak mendengar sebarang bunyi siren.

Gabenor Kentucky Matt Bevin menyatakan dalam Twitter lewat kelmarin, “Kami telah kehilangan beberapa penduduk Kentucky pada hari ini akibat cuaca buruk di bahagian barat negeri kita.”

Gabenor meminta semua penduduk mengambil serius amaran cuaca.

Banjir meragut sekurangku­rangnya tiga nyawa minggu ini, termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun di Michigan, menurut pihak media.

Seorang wanita berusia 52 tahun pula ditemui mati di dalam keretanya yang tenggelam dalam parit di Illinois dan seorang lelaki berusia 53 tahun terbunuh di Oklahoma setelah keretanya dihanyutka­n air bah, lapor media.

Ratusan penduduk dipindahka­n sepanjang beberapa hari lepas akibat banjir manakala beberapa komuniti memberikan beg pasir kepada pemilik rumah dan perniagaan serta menyediaka­n beberapa pusat perlindung­an sementara bagi menempatka­n penduduk yang terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia