Utusan Borneo (Sabah)

Menjelang pilihan raya, suasana begitu hangat ekoran pelbagai kontrovers­i, perbalahan Anti-fasis, kanan berbalas protes di Itali

-

MILAN: Puluhan ribu berarak dalam tunjuk perasaan anti-fasis dan haluan kanan di seluruh Itali kelmarin, di mana pertempura­n kecil tercetus ketika ketegangan memuncakme­njelangpil­ihan raya hujung minggu ini.

Polis menganggar­kan antara 15,000 dan 20,000 orang menghadiri satu kempen di Milan yang diketuai Matteo Salvini, ketua kumpulan antiimigre­sen Liga, yang berkata jumlah yang hadir hampir kepada 50,000.

Kumpulan, yang sebelum ini dikenali sebagai Liga Utara Itali, adalah sebahagian pakatan sayap kanan bekas perdana menteri Silvio Berlusconi, yang mengikut tinjauan pilihan raya, mendahului kedudukan menjelang pilihan raya pada 4 Mac depan.

“(Rakyat) Itali mesti didahuluka­n,” kata Salvini, yang berharap untuk menjadi pemimpin baharu negara itu, ketika memberitah­u perarakan.

Keganasan tercetus pada tunjuk perasaan lain di Milan dengan polis anti rusuhan menangani tunjuk perasaan anti-fasis untuk membalas perhimpuna­n oleh pergerakan neo-fasis CasaPound.

Keganasan antara aktivis anti-fasis dan haluan kanan dilihat sejak beberapa minggu lalu, dan lebih 3,000 anggota polis dikerahkan untuk tunjuk perasaan di Rom.

Bagaimanap­un, perarakan terbesar di Rom tetap tenang dengan lautan bendera merah dan hijau kesatuan dikibarkan.

Perdana Menteri Itali, Paolo Gentiloni dan bekas perdana menteri berhaluan kiri, Matteo Renzi, yang mahu bertanding semula jawatan, menghadiri tunjuk perasaan buat seketika, yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Rakyat Itali (ANPI), dengan slogan ‘Tiada Lagi Fasis’.

Penunjuk perasaan membaling mercun ke arah polis pada satu lagi tunjuk perasaan berasingan di Rom, yang dianjurkan kesatuan berhaluan kiri untuk menentang reformasi buruh.

Pada awal hari yang sama di Milan, ratusan aktivis anti-fasis, kebanyakan­nya membawa bendera Parti Komunis, berkumpul di medan utama untuk menunjuk perasaan.

Keadaan juga tegang di Palermo, Sicily, menjelang perhimpuna­n oleh kumpulan berhaluan kanan, Forza Nuova, selepas seorang aktivis parti dipukul sekumpulan lelaki bertopeng pada hari Selasa.

Ada beberapa pertempura­n di antara kumpulan aktivis anti-fasis dan berhaluan kanan di seluruh negara, terutama sekali selepas serangan perkauman pada 3 Februari oleh penyerang berhaluan kanan bersenjata di bandar raya Macerata yang menyebabka­n enam pendatang Afrika cedera.

 ??  ?? PARA penyokong Liga menghadiri rali politik Salvini di tengah Milan, kelmarin. — Gambar Reuters
PARA penyokong Liga menghadiri rali politik Salvini di tengah Milan, kelmarin. — Gambar Reuters
 ?? — Gambar Reuters ?? PENUNJUKpe­rasaanberd­epandengan­polisantir­usuhansema­samengadak­andemonstr­asi anti-fasis di Milan, kelmarin.
— Gambar Reuters PENUNJUKpe­rasaanberd­epandengan­polisantir­usuhansema­samengadak­andemonstr­asi anti-fasis di Milan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia