Utusan Borneo (Sabah)

Venezuela buka pencalonan untuk pemilihan presiden baharu

-

CARACAS: Venezuela kini menerima pendaftara­n calon untuk pilihan raya presiden pada 22 April tetapi ahli politik pembangkan­g dan juga Amerika Syarikat (AS) menolak terma pilihan raya.

Tania D’Amelio, pegawai Majlis Pilihan raya Kebangsaan (CNE) berkata, penamaan calon akan diterima mulai hari ini dan majlis akan mengumumka­n nama calon yang diterima menjelang Khamis.

Ahli politik pembangkan­g menuduh CNE berada di bawah telunjuk Presiden Nicolas Maduro.

Pilihan raya presiden, dengan Maduro memohon terma baharu yang akan mengekalka­n beliau sebagai presiden sehingga 2025, secara tradisinya berlangsun­g pada Disember.

Mereka memilih tarikh lebih awal atas persetujua­n Dewan Parlimen yang dikuasai parti memerintah.

Maduro mengumumka­n pilihan mengejut untuk pilihan raya perundanga­n Perhimpuna­n Kebangsaan, mencadangk­an ia diawalkan hampir dua tahun agar serentak dengan pilihan raya 22 April.

Beliau membalas kritikan pakatan pembangkan­g MUD yang mendakwa ia tidak akan menyertai pilihan raya awal tanpa jaminan proses tersebut akan berjalan dengan lancar dan adil.

“Kami akan mengadakan pilihan raya tidak kira hujan, panas atau ribut petir, dengan atau tanpa MUD,” kata Maduro.

Tetapi AS, di bawah pentadbira­n Presiden Donald Trump, juga mengkritik kepimpinan Maduro di Venezuela dan menolak desakan untuk pilihan raya awal.

“Kami menolak cadangan parti memerintah untuk mengadakan pilihan raya lebih awal berbanding pada 2021, seperti di bawah Perlembaga­an 1999,” kata Jabatan Negara AS.

Kenyataan juga meminta pilihan raya yang adil dan bebas melibatkan penyertaan penuh semua ahli politik, selain pembebasan semua tahanan politik dan kebenaran untuk kemasukan pemerhati pilihan raya bebas dan antarabang­sa.

MUD berkata Rabu lepas ia tidak akan mendaftar calon untuk bertanding kerana mereka tidak akan dijamin ketelusan, tetapi ia tidak menolak untuk menyertai pilihan raya jika calonnya diluluskan.

 ??  ?? MADURO (dua kiri) bersama isterinya Cilia Flores (kanan) dan timbalanny­a Tarek El Aissami (dua kanan) menerima penghormat­an tentera sejurus tiba untuk latihan ketenteraa­n di Fort Tiuna, Caracas, kelmarin. — Gambar AFP
MADURO (dua kiri) bersama isterinya Cilia Flores (kanan) dan timbalanny­a Tarek El Aissami (dua kanan) menerima penghormat­an tentera sejurus tiba untuk latihan ketenteraa­n di Fort Tiuna, Caracas, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia