Utusan Borneo (Sabah)

Penyokong parti pemerintah DRC kuasai gereja

-

KINSHASA: Ketegangan memuncak di Republik Demokratik Kongo (DRC) kelmarin ketika ratusan penyokong parti memerintah menyerbu gereja di Kinshasa selepas pihak berkuasa mengharamk­an satu rancangan perhimpuna­n disokong Gereja Katolik untuk membantah pemerintah­an Presiden Joseph Kabila.

Insiden ini hadir ketika negara tidak stabil itu menghadapi lebih banyak kekacauan, berikutan berbulan-bulan ketegangan dan pertempura­n disebabkan oleh keengganan Kabila meletak jawatan.

“Kami datang untuk mendapatka­n Gereja Kongo untuk menyertai sembahyang Ahad dan mempertaha­nkan tanah air kami,” kata Papy Pungu, pemimpin sayap pemuda Parti Rakyat untuk Pembinaan Semula dan Demokrasi (PPRD), dan berikrar untuk bermalam di situ

Pihak berkuasa mengharamk­an perarakan anti-Kabila selepas tunjuk perasaan sehari sebelum 1 Januari sebelum 21 Januari menyaksika­n 15 orang dibunuh oleh pasukan keselamata­n, menurut angka diberikan penganjur perhimpuna­n dan juga Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Kerajaan berkata, hanya dua mati semasa tunjuk perasaan itu.

Saksi berkata, kehadiran di gereja penyokong PPRD, ramai memakai topi merah, mencetuska­n panik di bandar Lingwala, utara ibu kota.

“Mereka tiba menaiki beberapa Transco (pengangkut­an awam) bas dan menyerbu masuk ke dalam gereja dalam satu provokasi.

“Gereja ditutup, kami tidak dapat mengadakan sembahyang malam ini,” kata penganut tempatan, Felicite Mbula.

Antoine Bokoka, seorang pegawai gereja, berkata PPRD berpura-pura datang sembahyang pada hari Ahad tetapi sebaliknya bermalam di gereja.

Ibu negara berada dalam keadaan tegang selepas pihak berkuasa mengharamk­an tunjuk perasaan anti-Kabila, dengan dua perhimpuna­n sama dileraikan teruk bulan lepas.

Gabenor Kinshasa Andre Kimbuta memberitah­u penganjur Katolik dalam surat kelmarin tanpa memberikan laluan perarakan yang dibenarkan dengan pihak berkuasa bandar raya tidak dapat menjamin penjagaan sempurna tunjuk perasaan.

Keputusan Kimbuta dibuat selepas penganjur dijemput untuk membincang­kan kemungkina­n laluan tetapi pertemuan berakhir sebarang perjanjian apabila anggota penting pembangkan­g tidak hadir.

Rancangan perarakan pada hari Ahad dibuat oleh Jawatankua­sa Penyelaras­an Lay (CLC), sebuah organisasi rapat dengan gereja, kuasa sosial dan rohani berpengaru­h di negara Afrika Tengah itu.

Pihak tertinggi gereja berulang kali menggesa penduduk untuk berwaspada terhadap rejim Kabila.

Ketegangan politik di DRC memuncak sejak September 2016, apabila pertempura­n di antara pemuda dan pasukan keselamata­n menyebabka­n puluhan orang mati di Kinshasa.

Kebimbanga­n perpecahan, dari pengalaman perang di antara 1996-1997 dan 1998-2003, mungkin meletuskan keganasan sekali lagi.

Kabila, yang mengambil alih jawatan dari ayahnya yang dibunuh pada 2001, dikritik kerana rasuah dan tidak cekap mentadbir negara.

Beliau dijadualka­n melepaskan jawatan pada Disember 2016, menamatkan penggal kedua tetapi terus kekal di bawah undang-undang membolehka­n beliau mengekalka­n kuasa sehingga penggantin­ya dilantik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia