Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Sabah menang dua perlawanan pertama

Liga Futsal Kebangsaan

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan futsal wanita Sabah menang dua perlawanan pertama untuk membuka laluan baik dalam pemburuan sasaran dua pasukan terbaik Liga Futsal Kebangsaan (LFK) musim ini.

Skuad kendalian Rosmadih Wasli itu menang 3-0 ke atas Negeri Sembilan perlawanan pertama Sabtu lalu dan mengalahka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Ahad.

Haindee Mosroh mendahului senarai penjaring dengan dua gol iaitu masingmasi­ng satu gol dalam setiap perlawanan.

Turut menjaringk­an gol ketika menentang Negeri Sembilan adalah JI Fedilliah Claritta Jaimin dan

Shereillyn Elly Pius manakala satu gol lagi ketika menentang PDRM dijaringka­n Masturah Majid.

Rosmadih ketika dihubungi berkata, kemenangan pada kedua-dua perlawanan itu adalah hasil kerja berpasukan dan permainan berdisipli­n pemain.

“Saya berpuas hati dengan persembaha­n pasukan walaupun terpaksa mengharung­i dua perlawanan dalam tempoh yang singkat. Perlawanan pertama berlangsun­g semalam (Sabtu) dan pagi ini (Ahad) kami bermain untuk perlawanan kedua.

“Walaupun kepenatan tetapi pemain mempamerka­n persembaha­n dengan semangat juang tinggi. Sewajarnya­lah kami menang perlawanan ini,” kata

Rosmadih ketika dihubungi pada Ahad.

Empat belas pemain yang dibawa menghadapi perlawanan itu terdiri daripada Masturah Majid, Shereillyn Elly Pius, Jaciah Jamilus, Haindee Mosroh, Pedrolia Martin Sikayun, Eslilah Esar, Usliza Usman, JI Fedalliah Claritta Jaimin, Lovella Julie Jelus, A Nuraziela Ali Jainal, Effy Norizan Musinan, Sharmilla Natasha Jani, Asma Junaidi dan Tesslonica Angel Stanislaus.

Katanya, dua kemenangan itu adalah suntikan semangat kepada pemain untuk lebih berkerja keras memperbaik­i prestasi bagi menghadapi perlawanan-perlawanan seterusnya.

Dua kemenangan itu meletakkan Sabah di kedudukan dua teratas kerana Kuala Lumpur, Felda United FC dan Selangor United MPSJ yang turut menang perlawanan pertama saling bertemu pada perlawanan kedua kelmarin.

“Ia permulaan baik buat kami tetapi perjalanan masih jauh.Kamikenate­rusberkerj­a keras bagi memastikan rentak kemenangan dapat diteruskan.

“Gerakan melakukan serang balas pantas dan memantapka­n pertahanan ketika lawan memberi tekanan adalah antara yang perlu kami beri perhatian lebih,” kata Rosmadih.

Menurutnya, perlawanan Sabah berikutnya akan lebih getir kerana akan berdepan dengan pencabar terkuat awal iaitu menentang Selangor MPSJ (31 Mac) dan KL Felda (1 April).

“Apapun kami akan buat persiapan sebaiknya untuk menghadapi perlawanan seterusnya itu. Kami akan berjuang habis-habisan untuk mengekalka­n rentak kemenangan,” katanya

LFK bahagian wanita membabitka­n lapan pasukan yang terdiri daripada Sabah, Negeri Sembilan, PDRM, KL Felda United FC, Perak, Selangor United MPSJ, KL Imigresen FC dan Sarawak.

Pertanding­an dijalankan secara liga dua pusingan dan semua perlawanan berlangsun­g di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Ia permulaan baik buat kami tetapi perjalanan masih jauh. Kami kena terus berkerja keras bagi memastikan rentak kemenangan dapat diteruskan.

 ?? ROSMADIH WASLI Ketua Jurulatih ??
ROSMADIH WASLI Ketua Jurulatih
 ??  ?? ANGGOTA skuad futsal wanita yang memberikan permulaan dua kemenangan buat Sabah pada LFK di Shah Alam, Selangor.
ANGGOTA skuad futsal wanita yang memberikan permulaan dua kemenangan buat Sabah pada LFK di Shah Alam, Selangor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia