Utusan Borneo (Sabah)

Hertha Berlin hampakan Lewandowsk­i, Heynckes

-

BERLIN, Jerman: Robert Lewandowsk­i dan Jupp Heynckes terlepas rekod ketika pendahulu Bundesliga Jerman, Bayern Munich, diikat tanpa jaringan di tempat sendiri oleh Hertha Berlin Sabtu lepas.

Walaupun dengan keputusan mengecewak­an itu, Bayern memiliki kelebihan 20 mata di singahsana liga berbanding pencabar terdekat, Borussia Dortmund, yang bermain menentang Augsburg hari ini.

Selepas membelasah Besiktas 5-0 pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara pada hari Selasa, Hertha memaksa Bayern bekerja-keras untuk mengutip satu mata.

Ia adalah kali pertama Bayern gagal menjaringk­an gol di tempat sendiri dalam Bundesliga sejak Mei 2015.

Tempoh 14 kemenangan berturut-turut dalam semua pertanding­an juga berakhir dan ia adalah kali kedua mereka tercicir mata dalam liga di Allianz Arena musim ini.

“Kami boleh menerima satu mata, saya tidak dapat menyalahka­n pasukan saya,” kata Heynckes, jurulatih Bayern. “Kami mempunyai sikap yang baik.

“Kami bermain dengan baik dan terutama sekali dalam separuh masa pertama, kami mencipta beberapa peluang tetapi i adalah sukar apabila menentang pasukan yang bermain untuk bertahan.

“Kami mensia-siakan banyak peluang, sesuatu yang jarang berlaku tetapi anda akan mengalami hari-hari seperti ini.”

Keputusan seri liga yang pertama Bayern sejak bulan Oktober – diikat 2-2 oleh Hertha di Berlin – juga menyusul selepas kekalahan 0-3 di Paris Saint Germain (PSG), yang menyebabka­n Carlo Ancelotti dipecat sebagai jurulatih.

Walaupun mempunyai banyak empat kali ganda peluang – 19 cubaan ke pintu gol Hertha berbanding hanya lima oleh pasukan pelawat – Bayern gagal memecah kebuntuan.

Lewandowsk­i, yang membuat penampilan liga ke-250, terlepas peluang untuk rekod menjaringk­an gol pada 12 perlawanan liga berturut-turut di Allianz Arena.

Beliau kini berkongsi rekod 11 dengan bintang legenda Bayern, Gerd Mueller dan jurulatih semasa, Heynckes.

Heynckes juga terlepas peluang menjadi jurulatih Bayern pertama memenangi 15 perlawanan berturut-turut dalam semua pertanding­an.

Pada perlawanan lain, Eintracht Frankfurt terlepas peluang melonjak ke tangga kedua liga apabila tewas 0-1 di VfB Stuttgat.

Gol kemenangan Stuttgart dijarngkan Erik Thommy pada minit e-13 untuk melonjak pasukan ke tangga ke-12 – tujuh mata dari zon penyingkir­an dan juga kemenangan ketiga berturut-turut pasukan di bawah kendalian jurulatih baharu, Tayfun Korkut.

Werder Bremen menghidupk­an peluang mengelak penyingkir­an apabila gol sendiri membolehka­n mereka menewaskan Hamburg dan meletakkan mereka di tangga ke-14 liga, dua mata dari zon penyingkir­an sementara Freiburg seri 1-1 di Hoffenheim.

 ?? — Gambar AFP ?? LEWANDOWSK­I (dua kiri) melakukan percubaan ke arah gol pada perlawanan Bundesliga Jerman di Allianz Arena, Munich Sabtu lepas.
— Gambar AFP LEWANDOWSK­I (dua kiri) melakukan percubaan ke arah gol pada perlawanan Bundesliga Jerman di Allianz Arena, Munich Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia