Utusan Borneo (Sabah)

Persembaha­n sempurna The Reds ceriakan Klopp

Liverpool naik ke tangga kedua liga selepas membelasah West Ham United 4-1 di Anfield pada aksi liga

- Gambar AFP

LONDON, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menggambar­kan prestasi hampir sempurna pasukannya sebagai “gembira untuk disaksikan” ketika Mohamed Salah menjaringk­an gol untuk perlawanan keenam berturut-turut apabila membelasah West Ham United 4-1 di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Liverpool naik ke tangga kedua liga dengan kelebihan satu mata berbanding Manchester United, yang bermain lewat menentang Chelsea selepas Emre Can, Roberto Firmino dan Sadio Mane juga menjaringk­an gol.

“Saya tidak fikir sebagai seorang pengurus, anda boleh menjangkak­an satu perlawanan seperti ini, anda boleh berharap tetapi ia jarang berlaku. Kami melakukann­ya hari ini dan ia benar-benar gembira untuk ditonton,” kata Klopp.

“Ia sengit, agresif, ia meledak, penuh dengan keazaman. Saya melihat segala-gala yang saya mahukan dalam satu perlawanan bola sepak dan ia jarang dilihat.”

Salah juga mengikat kedudukan 23 gol dengan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane sebagai penjaring terbanyak pada musim sulung bersama Liverpool.

Penyerang antarabang­sa Mesir itu tidak bernasib baik untuk membuka jaringan seawal minit ketiga apabila cubaannya terkena palang tetapi beliau ada terlibat dengan gol pembukaan dari tandukan Can menerusi tendangan sudutnya pada minit ke-29 untuk gol ke100 Liverpool dalam semua pertanding­an musim ini.

Salah menambah jaringan dengan satu rembatan kencang selepas rehat hasil umpanan Alex OxladeCham­berlain.

Tidak lama selepas itu, Firmino menjaringk­an gol ketiga dari umpanan Can sebelum pemain gantian, Michail Antonio merapatkan kedudukan buat West Ham seminit selepas dimasukkan ke dalam padang tetapi Mane menamatkan segala kemungkina­n kebangkita­n pasukan pelawat dengan gol keempat ketika berbaki 13 minit permainan dari umpanan Andrew Robertson.

“Kami sentiasa fikir kami mempunyai peluang menjaringk­an gol hari ini tetapi kami gagal mengawal penyerang mereka,” kata pengurus West Ham, David Moyes. “Akhirnya kami menentang pasukan yang bermain dengan sangat bagus.”

Di kelompok bawahan liga, Huddersfie­ld dan Brighton – dua kelab pendatang baharu liga – melangkah keluar dari zon penyingkir­an selepas masing-masing mencipta kemenangan.

West Brom kekal di tangga terbawah selepas tewas 1-2 kepada Huddersfie­ld, yang menjaringk­an dua gol pada lapan minit pertama dari Rajiv Van la Parra dan Steve Mounie.

Brighton naik ke tangga ke-11 selepas dua gol Glenn Murray dan gol lewat Anthony Knockaert dan Jurgen Locadia menamatkan 10 perlawanan tanpa kalah Swansea dengan kemenangan 4-1.

Dwight Gayle menjaringk­an dua gol untuk Newcastle tetapi mereka gagal mengekalka­n rentak cemerlang selepas menewaskan Manchester United sebelum ini apabila seri 22 di Bournemout­h dengan gol penyamaan dijaringka­n

Adam

Smith danDan

Gosling pada 10

Saya tidak fikir sebagai seorang pengurus, anda boleh menjangkak­an satu perlawanan seperti ini, anda boleh berharap tetapi ia jarang berlaku. Kami melakukann­ya hari ini dan ia benarbenar gembira untuk ditonton. Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

minit terakhir. Southampto­n juga terpaksa akur dengan satu mata selepas seri 1-1 di Burnley. Pada perlawanan awal, Stoke City juga terikat 1-1 dengan Leicester City selepas membuka jaringan menerusi Xherdan Shaqiri tetapi bolos gol penyamaan dari gol sendiri penjaga gol Jack Butland, yang gagal menangkap kemas hantaran lintang Marc Albrigton pada 20 minit terakhir permainan.

 ??  ?? SALAH (kiri) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol kedua Liverpool pada perlawanan liga menentang West HAm di Anfield, Liverpool pada Sabtu lepas. —
SALAH (kiri) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol kedua Liverpool pada perlawanan liga menentang West HAm di Anfield, Liverpool pada Sabtu lepas. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia