Utusan Borneo (Sabah)

Pool Sabah Master buka penyertaan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Persatuan Snuker dan Biliard Sabah (SSBA) akan menganjurk­an Kejohanan Pool 10-Bola Sabah Master 2018 di Sheffield Snooker & Billiards Training Centre, KK Taipan, Inanam bermula 20-25 Mac.

Presiden SSBA Frankie Kok berkata, kejohanan tajaan bersama SSBA dan Sheffield itu hanya terbuka untuk pemain-pemain warganegar­a Malaysia yang bermastaut­in di Sabah sekurang-kurangnya dua tahun.

“Hadiah wang tunai keseluruha­n untuk tahun ini meningkat ke RM4,200 berbanding hanya RM3,400 sebelum ini, selain trofi menanti empat peserta terbaik.

“Jika juara tahun lalu membawa pulang RM1,500, juara tahun ini boleh tersenyum lebar dengan wang tunai RM2,000, sambil naib johan pula akan menerima RM900 berbanding hanya RM700 sebelum ini.

“Dua peserta yang tewas pada separuh akhir masingmasi­ng akan menerima RM350 berbanding hanya RM300sebel­umini,manakala empat peserta yang tewas pada suku akhir pula kekal menerima RM150 setiap orang,” jelas beliau ketika ditemui di ibu negeri pada Ahad.

Menurutnya, pertanding­an bermula 6.00 petang setiap hari itu akan dijalankan mengikut Peraturan dan Undang-Undang Persekutua­n Snuker dan Biliard Malaysia (MSBF).

Frankie berkata, antara peraturan tegas yang harus diikuti oleh semua peserta ialah kemestian untuk mengenakan pakaian kemas sepanjang menyertai pertanding­an itu, termasuk memakai kemeja lengan panjang, tali leher kupukupu, vest, seluar satu warna, stokin dan kasut kulit.

“Pemakaian singlet, selipar dan seluar pendek adalah tidak dibenarkan sama sekali. Mereka yang gagal mengikuti peraturan asas pemakaian ini tidak akan dibenarkan untuk menyertai pertanding­an ini.

“Yuran penyertaan bagi kejohanan ini ialah RM65, di mana penyertaan pemainpema­in berusia 16 tahun ke bawah adalah percuma,” tambah beliau lagi.

Frankie memberitah­u, tarikh tutup penyertaan ialah pada 17 Mac, manakala undian perlawanan akan diadakan pada 18 Mac bermula 7.30 petang di dewan pertanding­an.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n borang penyertaan dan maklumat lanjut dengan menghubung­i talian 088-420108 (Sheffield), 019-8417953 (Frankie), 013-8518765 (Liau), 0168209642 (Jken Yung) atau 019-9835963(Sam).

 ??  ??
 ??  ?? FRANKIE
FRANKIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia