Utusan Borneo (Sabah)

Inter kembali ke tangga ketiga Serie A Itali

- — Gambar AFP

MILAN, Itali: Milan Skriniar dan Andrea Rannocchia meletakkan Inter Milan kembali ke tangga ketiga Serie A Itali dengan kemenangan 2-0 ke atas Benevento Sabtu lepas.

Ia adalah kemenangan kedua skuad kendalian Luciano Spalletti dalam tempoh dua bulan dan meletakkan mereka berkelebih­an satu mata dengan AS Roma, yang bermain lewat menentang AC Milan dengan Lazio kurang satu lagi mata menjelang perlawanan di Sassuolo.

Inter Milan bagaimanap­un ketinggala­n 15 mata di belakang pendahulu liga, Napoli, yang bertandang ke Cagliari pada hari Isnin sementara Juventus, kurang satu mata di belakang, bermain lewat menentang Atalanta.

“Apa yang jelas, ketika ini, kami tidak bermain dengan banyak karektor atau kualiti,” kata Spalletti.

“Kerana jangkaan awal, ada banyak tekanan dan kebimbanga­n di kalangan pemain.

“Mereka melakukan banyak kesilapan tetapi anda boleh melihat mereka bermain dengan sepenuh jiwa. Kadang-kadang ia sukar untuk memberi fokus tetapi hati mereka boleh mencari satu jalan.

“Saya fikir kami selayaknya menang, walaupun bergelut tetapi ia selayaknya.”

Rafinha diturunkan dalam kesebelasa­n utama sejak perpindaha­n dari Barcelona bulan lepas dengan Ivan Perisic juga kembali beraksi tetapi kapten pasukan, Mauro Icardi dan Joao Miranda, bermula di bangku simpanan.

Bagaimanap­un, cemuhan kedengaran dari 45,000 penonton di San Siro ketika Inter bergelut mencari rentak di awal permainan.

Benevento – yang memburu mata pertama mereka di gelanggang lawan dan mengekalka­n rentak kemenangan 3-2 ke atas Crotone minggu lepas – menguji penjaga gol Inter, Sami Handanovic dengan rembatan Massimo Conda dan Enrico Brignola.

Benevento tidak bernasib baik diberikan satu tendangan penalti selepas Ranocchia mengasari Danilo Cataldi tetapi pengadil meneruskan permainan selepas menyemak video bantuan pengadil (VAR).

Rafinha ditukarkan dengan Yann Karamoh pada minit ke-65 dan tendangan sudut dari pemain berusia 19 tahun itu menghasilk­an gol pembukaan dari satu tandukan Skrinir.

Tiga minit kemudian, Ranocchia menambah jaringan.

“Ia satu keputusan yang penting kerana ia melepasi halangan mental kami,” kata Ranocchia.

“Sekarang kami mempunyai persediaan yang baik menentang AC Milan selepas ini.”

Benevento – yang bolos 60 gol musim ini – menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Nicolas Viola dibuang padang setelah menerima dua kad kuning.

Pada perlawanan awal, Bologna menamatkan tiga kemenangan berturut-turut Genoa dengan kemenangan 2-0 dari gol Mattia Destro dan Cesar Falletti.

Genoa menewaskan Inter, Lazio dan Chievo sebelum ini tetapi menerima padah dari kesilapan di benteng pertahanan dengan Destro membuka jaringan empat minit selepas rehat dan kemudian mengumpan bola kepada Falletti untuk gol pertama beliau dalam Serie A.

 ??  ?? RANOCCHIA (kanan) mengasak pemain Beneventok pada aksi Serie A Itali di Stadium San Siro, Milan Sabtu lepas.
RANOCCHIA (kanan) mengasak pemain Beneventok pada aksi Serie A Itali di Stadium San Siro, Milan Sabtu lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia