Utusan Borneo (Sabah)

Jelius kecewa Sabah gagal kutip 3 mata

- DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Jelius Ating agak kecewa dengan ketumpulan bahagian serangan yang memaksa pasukan bimbingan beliau berjaya diikat dengan keputusan seri oleh Sarawak dalam saingan Liga Perdana, di Stadium Likas pada Sabtu.

Menurut ketua jurulatih Sabah itu, mereka sebenarnya mampu memenangi perlawanan itu selepas mendominas­i permainan.

“Secara keseluruha­n kita bermain baik, banyak mengawal bola berbanding lawan tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, bola sepak bukan hanya dengan bermain baik tetapi bagaimana kita mahu memenangi perlawanan itu, khususnya dalam menghasilk­an jaringan.

“Saya sedikit kecewa dengan penyudah kita, terutama apabila kita menguasai permainan tetapi tidak dapat mencipta gol,” katanya ketika ditemui.

Jelius memberitah­u, Sabah kurang bernasib baik apabila gagal memenangi perlawanan itu selepas diberikan sepakan penalti di minit akhir permainan.

“Namun begitu kita gagal menggunaka­n peluang itu sebaiknya.

“Mungkin juga nasib tidak menyebelah­i kita, tetapi satu lagi bagi saya ialah, sejauh mana kita mahu memenangi perlawanan itu,” katanya.

Sarawak mendahului Sabah hasil jaringan Mateo Roskam pada minit ke-19 sebelum Hector Omar Ramos menyamakan kedudukan buat pasukannya pada minit ke-54.

Di masa kecederaan permainan, Sabah sepatutnya boleh memenangi perlawanan itu apabila pengadil menghadiah­kan sepakan penalti kepada Sabah selepas bola terkena tangan pertahanan Sarawak.

Bagaimanap­un, sepakan terakhir perlawanan yang dilakukan Lee Gil Hoon itu sekadar terkena palang dan dua pasukan dari Borneo itu terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia