Utusan Borneo (Sabah)

Jom Sihat 1Malaysia di SMK Kinabutan

- Oleh HAMZAH SANUDIN

Transforma­si Usahawan Belia Sabah (e-STU) dengan kerjasama Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah Tawau serta Koperasi Kumpulan Transforma­si Generasi Muda Sabah Berhad (Koperasi STU Berhad) telah menganjurk­an program Jom Sihat 1Malaysia dan Sukan Smart Student kali ke-4 di Padang SMK Kinabutan, Tawau.

Program yang disempurna­kan perasmiann­ya oleh Pegawai Kementeria­n Belia dan Sukan Tawau Jamil Jilap itu adalah untuk memberi peluang kepada generasi muda melibatkan diri dalam aktiviti sukan di samping melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi, sekaligus mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pengerusi Persatuan eSTU dan Koperasi STU Ismail Habir berkata, program yang bertemakan ‘Belia Sihat, Belia Hebat’ itu telah memberi peluang kepada golongan sasar yang merupakan pelajar dan penduduk Kg Kinabutan melibatkan diri dalam aktiviti sihat.

“Amalan gaya hidup sihat perlu ditekankan dalam kalangan generasi muda pada hari ini berikutan fenomena permainan gajet telah melalaikan generasi ini untuk melakukan aktiviti luar dan sekiranya tidak dikawal akan lahirlah generasi yang tidak sihat dan kuat pada masa akan datang.

“Dengan penglibata­n masyarakat kampung pada kali ini dalam bersukan dan aktiviti gotong-royong, ia merancakka­n usaha untuk mewujudkan jalinan kerjasama dengan pihak sekolah,” katanya.

Beliau juga berharap program itu dapat mencapai matlamat dan objektif khususnya dalam melahirkan masyarakat yang mampu mencorakka­n Transforma­si Negara 2050 (TN50) seperti yang digariskan oleh pihak kerajaan pada masa akan datang.

 ??  ?? JAMIL bersama penganjur dan peserta jom sihat.
JAMIL bersama penganjur dan peserta jom sihat.
 ??  ?? JAMIL dan Ismail memulakan acara tarik tali.
JAMIL dan Ismail memulakan acara tarik tali.
 ??  ?? ACARA boling kelapa yang turut diselitkan dalam program itu.
ACARA boling kelapa yang turut diselitkan dalam program itu.
 ??  ?? TIMBALAN Pengerusi Persatuan e-STU & Koperasi STU Ismail Sanuddin menyampaik­an hadiah kepada pemenang acara 4x100 meter.
TIMBALAN Pengerusi Persatuan e-STU & Koperasi STU Ismail Sanuddin menyampaik­an hadiah kepada pemenang acara 4x100 meter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia