Utusan Borneo (Sabah)

Kesedaran mengenai bahaya kanser

Usaha PSKS wajar disokong, kata Abidin

- Oleh JAINUDIN NASIR

USAHA Persatuan Sukarelawa­n Kanser Sabah (PSKS) menganjurk­an Program Kempen Kesedaran Penyakit Kanser wajar diberikan sokongan semua pihak termasuk para pemimpin, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Mantan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata inisiatif ahli PSKS menganjurk­an program kesedaran mengenai bahaya penyakit kanser dalam kalangan masyarakat adalah sesuatu yang murni dan perlu diberikan sokongan berterusan memandangk­an penyakit itu merupakan pembunuh nombor satu penduduk dunia hari ini.

Menurutnya, kesedaran terhadap bahaya penyakit kanser perlu diterap dalam masyarakat menerusi program-program yang dianjurkan PSKS selain melalui ceramah, pameran dan pemeriksaa­n awal kesihatan oleh Jabatan Kesihatan.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 7.6 juta penduduk dunia mati setiap tahun disebabkan penyakit kanser, sementara 12.7 juta adalah berisiko penyakit kanser. Situasi itu amat membimbang­kan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Penyakit kanser boleh dicegah menerusi pemeriksaa­n awal kesihatan di samping membudayak­an amalan gaya hidup sihat serta mengamalka­n pemakanan yang sihat,” katanya ketika berucap melancarka­n Program Kesedaran Penyakit Kanser 2018 anjuran PSKS Team Ranau.

Program yang mendapat kerjasama Persatuan Puspanita Cawangan Ranau serta serta Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Marakau di Dewan Bersatu Marakau Ranau itu dihadiri lebih 200 penduduk pelbagai lapisan masyarakat.

Abidin mengajak para pemimpin dan rakyat akar umbi supaya memberi kerjasama bersepadu kepada PSKS yang bertindak sebagai penyelamat nyawa pesakit kanser menerusi menyediaka­n dana bagi membantu membiayai kos perubatan para pesakit.

“Sumbangan kepada PSKS amat diperlukan untuk disalurkan kepada para pesakit sama ada dalam bentuk wang atau peralatan seperti kerusi roda,” katanya sambil menyatakan kebimbanga­nnya terhadap peningkata­n bilangan pesakit kanser di Daerah Ranau.

“Saya mewakili PSKS berterima kasih kepada Persatuan Hakka Ranau kerana banyak membantu PSKS Team Ranau menjayakan program dengan menghulurk­an bantuan bagi meringanka­n beban para pesakit,” katanya sambil memuji komitmen PSKS Team Ranau melancarka­n Kempen Kesedaran Penyakit Kanser setiap tahun, dengan menjadikan rakyat akar umbi sebagai sasaran utama.

Berucap sama ialah Presiden PSKS Negeri Sabah Lawrence Imui dan Naib Pengerusi JKKK Marakau Razipin Gutuk sementara seorang pengamal perubatan swasta Dr Rizin Kusop telah menyampaik­an ceramah ‘Punca dan Risiko Penyakit Kanser’.

Turut hadir ialah Setiausaha Sulit Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Jaibie Dualis, Pengerusi Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Ranau Tan Eng Sing, Pengerusi Puspanita Cawangan Ranau Hajah Mariah Tuah, Ketua Kampung Marakau Sumardi Sulaiman, Penyelaras PSKS Team Ranau merangkap Pengerusi Pelaksana Program Sepiah Kagal dan Datin Florence Malingkid (isteri Abidin).

Turut diadakan ialah saringan kasihatan ‘Pap Smear’ dan cabutan nama pengunjung bertuah.

Selepas majlis itu, Abidin dan Florence kemudianny­a menziarahi sambil menghulurk­an sumbangan peribadi kepada Pengerusi JKKK Simin Gambukas, 64, yang terlantar sakit di rumah di Kg Marakau.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA PSKS Team Ranau serta hadirin merakam gambar kenangan bersama Abidin dan rombongan.
JAWATANKUA­SA PSKS Team Ranau serta hadirin merakam gambar kenangan bersama Abidin dan rombongan.
 ??  ?? ABIDIN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pesakit kanser (masalah penglihata­n), diperhatik­an Lawerence (kiri) dan Sepiah (kanan).
ABIDIN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pesakit kanser (masalah penglihata­n), diperhatik­an Lawerence (kiri) dan Sepiah (kanan).
 ??  ?? ABIDIN menerima sijil penghargaa­n dan baju T disampaika­n Sepiah dan Lawrence (dua kanan), diperhatik­an Razipin (kanan), Sumadi (kiri) dan Jaibie (dua kiri).
ABIDIN menerima sijil penghargaa­n dan baju T disampaika­n Sepiah dan Lawrence (dua kanan), diperhatik­an Razipin (kanan), Sumadi (kiri) dan Jaibie (dua kiri).
 ??  ?? PUSPANITA Cawangan Ranau merakam gambar kenangan bersama Abidin.
PUSPANITA Cawangan Ranau merakam gambar kenangan bersama Abidin.
 ??  ?? LAWRENCE (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Dr Rizin.
LAWRENCE (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Dr Rizin.
 ??  ?? ABIDIN bersama ahli PSKS memotong kek sempena ulang tahun ke-4 PSKS Team Ranau.
ABIDIN bersama ahli PSKS memotong kek sempena ulang tahun ke-4 PSKS Team Ranau.
 ??  ?? FLORENCE (depan, kanan) bersama hadirin.
FLORENCE (depan, kanan) bersama hadirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia