Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Ang Pow peluang berjumpa Ketua Menteri

-

PESTA Angpau sempena sambutan Tahun Baharu Cina Daerah Penampang sangat istimewa bagi jurulatih gimnastik, Lau Li Kin, 29.

Katanya, dia sangat gembira kerana buat pertama kali dapat berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah

Tan Sri Musa Haji Aman.

“Selain dapat jumpa pemimpin negeri, saya juga gembira kerana dapat berkumpul dengan masyarakat setempat di samping dapat berkumpul dengan keluarga pada malam ini. “Saya berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya lebih ramai lagi dapat menyertai dan meraikan Tahun Baharu Cina bersama-sama,” katanya pada Pesta Ang Pow sempena Tahun Baharu Cina 2018 anjuran Jawatankua­sa Dalam Bandar Donggongon dan MCA Penampang di Buhavan Square, Pekan Donggongon, Penampang, malam Sabtu.

Sementara itu, bagi Anthony Lee dan isteri Jennifer Kam, mereka teruja dengan pengisian persembaha­n pada program itu.

“Selain dapat menikmati hidangan yang lazat, saya dan isteri begitu teruja dapat melihat tarian singa dan naga yang dipersemba­hkan pada musim Tahun Baharu Cina sahaja.

“Kami juga gembira kerana pada malam ini bukan hanya masyakat Cina yang datang tetapi turut dihadiri oleh pelbagai kaum di daerah ini, yang menunjukka­n perpaduan dan kerukunan masih kuat dalam masyarakat kita,” katanya.

Pada majlis, Musa mengumumka­n peruntukan RM200 ribu kepada Tokong Fook Tet Kung.

 ?? LAU Li Kin ??
LAU Li Kin
 ??  ?? ANTHONY (kanan) dan Jennifer (kiri).
ANTHONY (kanan) dan Jennifer (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia