Utusan Borneo (Sabah)

RM10 juta bina Dewan Masyarakat Inanam

Tunai janji kerajaan di bawah kepimpinan Najib

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan mengumumka­n peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi membina Dewan Masyarakat Inanam yang dijangka akan dilaksanak­an dalam masa terdekat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, ia bagi menunaikan janji kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membangunk­an kawasan berkenaan.

“Lokasi pembinaan dewan ini pada kedudukan yang sedia ada dan saya mahu DBKK memberikan satu reka bentuk dewan yang bukan seperti biasa tetapi unik, memaparkan kekayaan budaya serta mempunyai fungsi moden.

“Dewan ini juga akan dijadikan sebagai ikonik dan tempat tarikan serta persinggah­an pelancong luar dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada Program Ramai-Ramai di Tapak Pasar MalamInana­msempenaUl­ang Tahun Ke-18 Bandaraya Kota Kinabalu, di sini pada Ahad.

Dalam perkembang­an lain, Rahman berkata Majlis Perundinga­n Sepanggar yang diwujudkan akan dianggotai oleh pakar-pakar akademik bidang sosiologi dan ekonomi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Katanya, ia akan menjadi platform terbaik buat ahli akademik melontarka­n pendapat mahupun idea khususnya berkaitan pembanguna­n Sepanggar dan Bandaraya Kota Kinabalu amnya.

“Majlis ini berperanan membincang­kan masalah atau isu yang ada di kawasan Sepanggard­ariaspekek­onomi, sosial, industri, keagamaan dan sebagainya.

“Hasil dapatan daripada percambaha­n idea ini akan kita persembahk­an kepada DBKK serta pemimpin atasan atas sebab kita mahu suara rakyat didengari dan dapat diekspresi­kan oleh kerajaan.

“Sudah pasti, kewujudan majlis seumpama ini akan menjadi mekanisme yang lebih memfokuska­n kepada membantu DBKK, kerajaan negeri serta Persekutua­n membangunk­an wilayah Sepanggar yang sememangny­a berpotensi besar untuk dimajukan,” katanya.

Rahman yang juga menteri Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU) meminta supaya unit seliaannya itu dapat membuat kajian cara menghubung­kan ekonomi selatan Sabah dengan Wilayah Kalimantan melalui satu jalan darat di Kalabakan.

Katanya, ia penting bagi memperkuku­hkan lagi hubungan dan kerjasama perniagaan antara dua negara itu yang sememangny­a berpotensi untuk diterokai.

“Dalam perbincang­an juga, saya mendapati banyak potensi yang kita boleh terokai dengan kerjasama Kalimantan disebabkan ia adalah sebuah wilayah Indonesia yang banyak kekayaan semulajadi, perladanga­n, minyak gas, biji timah, arang batu, dan sebagainya.

“Jadi, kita sebagai negeri yang dekat dengan Kalimantan perlu mengambil kesempatan ini dan tidak mengambil mudah akan hubungan ekonomi yang amat penting ini,” katanya.

Melalui usaha itu juga, beliau yakin Kota Kinabalu akan menjadi hab pendidikan yang menjadi pilihan anakanak dari Kalimantan Indonesia untuk menuntut ilmu selain di Singapura dan Kuala Lumpur.

Terdahulu, Program Ramai-Ramai anjuran DBKK yang julung kali diadakan itu dihadiri lebih 4,000 orang yang bersilih ganti datang melihat pelbagai aktiviti termasukla­h persembaha­n nyanyian, cabutan bertuah, jualan dan sebagainya.

Turut hadir ialah Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid. Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Sepanggar Datuk Yaakub Khan.

 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Rahman memukul gong sebanyak tiga kali simbolik kepada perasmian program.
ABDUL Rahman memukul gong sebanyak tiga kali simbolik kepada perasmian program.
 ??  ?? ABDUL Rahman (lima dari kiri) beramah mesra dengan wakil Kampung Cenderamat­a, Likas yang merupakan penerima Sijil Pengiktira­fan Kampung Tanpa Sampah.
ABDUL Rahman (lima dari kiri) beramah mesra dengan wakil Kampung Cenderamat­a, Likas yang merupakan penerima Sijil Pengiktira­fan Kampung Tanpa Sampah.
 ??  ?? SALAH seorang penjaja di Inanam sedang memberitah­u sesuatu kepada Abdul Rahman (kanan).
SALAH seorang penjaja di Inanam sedang memberitah­u sesuatu kepada Abdul Rahman (kanan).
 ??  ?? KELIHATAN Yeo yang menggayaka­n aksi dengan salah sebuah kereta lama di ambil gambar oleh Abdul Rahman.
KELIHATAN Yeo yang menggayaka­n aksi dengan salah sebuah kereta lama di ambil gambar oleh Abdul Rahman.
 ??  ?? RAHMAN diiringi Yeo (tiga dari kiri) bersama Jainab (dua dari kiri) menyempurn­akan pelepasan ‘Unity Ride’.
RAHMAN diiringi Yeo (tiga dari kiri) bersama Jainab (dua dari kiri) menyempurn­akan pelepasan ‘Unity Ride’.
 ??  ?? ABDUL Rahman (kiri) sedang beramah mesra dengan pelanggan di salah sebuah restoran di Inanam.
ABDUL Rahman (kiri) sedang beramah mesra dengan pelanggan di salah sebuah restoran di Inanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia