Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tidak pinggir golongan veteran tentera

Sentiasa beri bantuan agar kebajikan mereka terjamin

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

“Saya menggesa PVATM Cawangan Beaufort agar melaksanak­an programpro­gram yang bermanfaat bagi memastikan persatuan ini terus aktif. Saya harap ia secara tidak langsung dapat merapatkan lagi

” silaturahi­m antara mereka. DATUK KAMARLIN OMBI

Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar

BEAUFORT: Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi menegaskan kerajaan tidak pernah meminggirk­an golongan veteran tentera tetapi sentiasa membela nasib mereka.

Beliau berkata kerajaan tidak kira sama ada negeri atau Pusat sentiasa memberi bantuan dan kemudahan kepada bekas tentera bagi memastikan kebajikan mereka terjamin.

Katanya, kerajaan Pusat telah menyediaka­n satu kemudahan menerusi Bantuan Bakti Negara (BBN) untuk membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen meningkatk­an sosio-ekonomi mereka.

“Kerajaan turut menyediaka­n Skim Anuiti Veteran (SAVe) termasukla­h penambahba­ikan terhadap Skim Pencen Hilang Upaya serta penambahba­ikan Insentif Veteran Kelainan Upaya Tabung Pahlawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-26 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Beaufort di Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir pada Ahad.

Hadir sama, Naib Presiden Keempat PVATM Malaysia Datuk Zaman Bayang merangkap Yang Dipertua PVATM Sabah serta Ketua Cawangan PVATM Beaufort Jepdi Burajit.

Dalam pada itu, Kamarlin yang juga Adun Lumadan berharap PVATM Cawangan Beaufort terus aktif menganjurk­an pelbagai program dan aktiviti yang bermanfaat.

Beliau berkata melalui program itu, ia secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli serta barisan kepimpinan­nya.

“Saya menggesa PVATM Cawangan Beaufort agar melaksanak­an programpro­gram yang bermanfaat bagi memastikan persatuan ini terus aktif. Saya harap ia secara tidak langsung dapat merapatkan lagi silaturahi­m antara mereka,” katanya.

Pada majlis itu, Kamarlin turut menyampaik­an sumbangan peribadi kepada persatuan sebanyak RM5,000 untuk menggerakk­an program di masa hadapan.

 ??  ?? KAMARLIN merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian ahli PVATM yang hadir.
KAMARLIN merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian ahli PVATM yang hadir.
 ??  ?? KAMARLIN menyampaik­an amanatnya pada majlis itu.
KAMARLIN menyampaik­an amanatnya pada majlis itu.
 ?? SEBAHAGIAN ahli PVATM yang hadir pada majlis itu. ??
SEBAHAGIAN ahli PVATM yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia