Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Jualan Sentuhan Rakyat beri manfaat

Karnival Jualan Sentuhan Rakyat manfaatkan rakyat

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KARNIVAL Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di perkaranga­n Esplanade Sipitang anjuran Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) berlangsun­g dengan jayanya.

Majlis berkenaan telah disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa.

Orang ramai mula membanjiri perkaranga­n Esplanade Sipitang seawal jam 7 pagi lagi bagi mendapatka­n barangan harian yang dijual pada harga yang jauh lebih murah.

Sapawi yang juga pengarah Yayasan Sabah ketika ditemui memberitah­u, jualan yang diadakan sehari itu bertujuan membantu rakyat mendapatka­n barangan dapur yang berkualiti pada harga yang rendah.

Pada masa sama, ia dapat membantu mengurangk­an kos sara hidup sekaligus mendorong peniaga menurunkan harga barangan keperluan di masa hadapan.

“Melalui program ini, orang ramai boleh mendapatka­n pelbagai barangan keperluan harian pada harga kebih murah berbanding yang ditawarkan di pasaran semasa.

“Melihat sambutan memberangs­angkan ini, kita bercadang menganjurk­an karnival yang sama di tiga kawasan lain dalam kawasan Parlimen Sipitang pada masa yang terdekat,” katanya.

Beliau turut berharap KPDNKK lebih kerap mengadakan jualan seumpama itu sekurangku­rangnya sebulan sekali di semua kawasan di seluruh negeri ini.

Katanya, selain membantu mengurangk­an kos sara hidup, inisiatif itu turut memudahkan pemantauan kenaikan sesuka hati harga barangan oleh peniaga tidak bertanggun­gjawab.

“Apabila ada tawaran harga lebih murah seperti melalui program ini, diharapkan pihak lain seperti pasaraya, pasar mini, kedai runcit dan pasar akan turut menurunkan harga barangan ini kelak,” katanya pada karnival yang disertai 13 peniaga itu.

“Melaluipro­gramini,orangramai­bolehmenda­patkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga kebih murah berbanding yang ditawarkan di pasaran semasa. Melihat sambutan memberangs­angkan ini, kita bercadang menganjurk­an karnival yang sama di tiga kawasan lain dalam kawasan Parlimen Sipitang pada masa yang terdekat. ”

DATUK SAPAWI AHMAD

Ahli Parlimen Sipitang

 ??  ??
 ??  ?? SAPAWI sempat beramah mesra dengan sebahagian pengunjung karnival itu.
SAPAWI sempat beramah mesra dengan sebahagian pengunjung karnival itu.
 ??  ?? SAPAWI berkesempa­tan mengunjung­i ke salah sebuah gerai jualan di karnival itu.
SAPAWI berkesempa­tan mengunjung­i ke salah sebuah gerai jualan di karnival itu.
 ??  ?? SAPAWI berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
SAPAWI berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia