Utusan Borneo (Sabah)

Polis berkas suspek cuba bakar rumah mertua

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

BEAUFORT: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai membaling botol berisi minyak petrol ke rumah mertuanya hingga menyebabka­n kebakaran kecil.

Kejadian terbabit berlaku di Kampung Melikai Menumbok dekat sini kira-kira jam 10.05 malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak berkata, suspek dikenalise­bagaiMohdZ­amzuri Mohd Yakob, 34 dan bekerja sebagai penjual tiket bas.

Katanya, semasa kejadian isteri suspek bersama tujuh lagi ahli keluarga yang lain berada di dalam rumah berkenaan.

Menurutnya, sebelum kejadian, salah seorang saksi melihat kelibat suspek dalam keadaan mencurigak­an datang ke kawasan rumah itu sekitar jam 9.50 malam.

“Siasatan mendapati kerusi dan pintu rumah itu hangus terbakar selain dua botol yang masih berisi minyak petrol berada di tempat kejadian.

“Tiada kecederaan berlaku pada semua penghuni di rumah berkenaan,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, isteri suspek mendedahka­n tentang masalah rumahtangg­a yang dihadapi bersama suaminya.

Azmir berkata, pasangan terbabit masih dalam proses perceraian selepas lapan tahun berumahtan­gga.

Selain itu tambahnya, suspek juga pernah memukul dan mengugut isterinya untuk mati bersama jika mangsa tidak kembali kepadanya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? PINTU rumah mangsa yang terbakar dalam kejadian itu.
PINTU rumah mangsa yang terbakar dalam kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia