Utusan Borneo (Sabah)

Semua sub etnik Dusun perlu bersatu melalui Usda

Semua sub etnik Dusun perlu bersatu melalui Usda

-

RANAU: Presiden Pertubuhan Dusun Sabah Bersatu (Usda) Datuk Dr Ewon Ebin menyeru masyarakat suku kaum Dusun agar tidak merasa segan untuk mengakui diri mereka sebagai orang Dusun.

Menurut beliau, ada kalangan masyarakat Dusun masa kini terutamany­a generasi muda yang bukan sahaja tidak tahu menggunaka­n bahasa ibunda malah kadang-kadang segan mengakui bangsanya sendiri.

Katanya sikap seperti itu merupakan sesuatu yang tidak wajar berlaku dan haruslah dikikis dalam diri setiap mereka agar mudah disatukan bagi mewujudkan kumpulan etnik yang setanding dengan bangsa lain dalam apa juga bidang.

Menurut beliau, bangsa Dusun di seluruh negeri Sabah hanyalah berjumlah kira-kira 800 ribu orang sahaja yang tinggal berselerak di segenap pelosok negeri dan menggunaka­n dialek yang berlainan.

“Memandangk­an jumlah suku Dusun yang dianggap minoriti di negara ini, maka kita harus bersatu melalui Usda bagi memelihara semua khazanah bangsa kita khususnya bahasa, kebudayaan, pakaian tradisi, makanan dan sebagainya.

“Kalau kita gagal atau abaikan pengamalan khazanah berkenaan terutamany­a penggunaan bahasa ibunda serta tidak mempraktik­kan kebudayaan sendiri maka, lambat laun bangsa Dusun akan lenyap di dunia,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Santai Bersama Pemimpin dan Masyarakat Kampung Waang, kira-kira 20 kilometer dari pekan.

Ewon mengajak semua masyarakat Dusun supaya bersatu melalui Usda bagi mempertaha­n dan mengekalka­n semua khazanah yang boleh menjelaska­n kepada umum tentang identiti sendiri.

Jelasnya, Usda yang ditubuhkan sejak tahun 1963 lagi (kini diaktifkan semula) adalah pertubuhan bukan politik yang bertujuan melihat kebajikan bangsa Dusun itu sendiri.

“Pengaktifa­n semula Usda adalah untuk menyatukan bangsa Dusun yang terdiri daripada beberapa suku kaum bagi menjaga dan mempertaha­nkan ekonomi, kebudayaan, kesenian, bahasa, pendidikan dan sebagainya agar setanding dengan bangsa lain,” katanya.

Pada majlis itu, beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 ribu untuk pembinaan pondok perhentian bas, 100 kerusi untuk dewan kampung serta sumbangan kepada 29 warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di kampung itu.

Terdahulu di Kampung Tambiau, beliau meluluskan peruntukan RM15 ribu bagi membina jalan raya ke kawasan perkebunan, RM8,500 bagi membeli kelengkapa­n dewan mini serta menyampaik­an sumbangan kepada 28 warga emas kampung itu.

Ewon yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Ranau turut menerima penyerahan sebanyak 30 borang keahlian baharu parti Upko dan 33 borang keahlian Usda daripada penduduk Kg Waang yang diwakili oleh Rudi Burain.

Sementara pada majlis serupa selepas itu di Kampung Bundu Tuhan, beliau telah menyerahka­n kad keahlian Upko kepada ahli cawangan Upko Kalabakan serta menyampaik­an sumbangan kepadawarg­aemasdiKam­pung Sokid Bundu Tuhan.

“Memandangk­an jumlah suku Dusun yang dianggap minoriti di negara ini, maka kita harus bersatu melalui Usda bagi memelihara semua khazanah bangsa kita khususnya bahasa, ” kebudayaan, pakaian tradisi, makanan dan sebagainya. DATUK DR EWON EBIN Presiden Pertubuhan Dusun Sabah Bersatu (Usda)

 ??  ??
 ??  ?? RUDI mewakili penduduk Kg Waang menyerahka­n borang keahlian baharu parti Upko kepada Ewon.
RUDI mewakili penduduk Kg Waang menyerahka­n borang keahlian baharu parti Upko kepada Ewon.
 ??  ??
 ??  ?? EWON menyerahka­n sumbangan kepada warga emas di Kg Tambiau.
EWON menyerahka­n sumbangan kepada warga emas di Kg Tambiau.
 ??  ?? KEHADIRAN Ewon dan rombongan di Kg Waang disambut dengan tarian tradisi.
KEHADIRAN Ewon dan rombongan di Kg Waang disambut dengan tarian tradisi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia