Utusan Borneo (Sabah)

SPRM cadang penubuhan badan bebas indeks rasuah

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangk­an supaya kerajaan menubuhkan badan bebas bagi mengkaji indeks rasuah negara secara terperinci.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata cadangan itu telah dibincang dan dipersetuj­ui dalam Lembaga Penasihat SPRM baru- baru ini.

Beliau berkata SPRM bercadang untuk mewujudkan Indeks Rasuah Khas bagi mengenal pasti prestasi dan situasi rasuah di negara ini.

Katanya, indeks rasuah ini boleh dijalankan oleh mana-mana pihak ketiga yang berkredibi­liti seperti universiti dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Ada media salah faham. Bukan SPRM mahu menjalanka­n siasatan indeks rasuah itu sendiri. Sudah tiba masa, negara kita mempunyai Indeks Persepsi Rasuah (CPI),” katanya ketika ditemui di majlis sambutan Tahun Baharu Cina di sini, Isnin.

Mengikut laporan indeks yang dikeluarka­n Transparen­cy Internatio­nal Malaysia (TI-M), Malaysia beradadita­nggake-62 daripada 180 negara berbanding ke-55 daripada 176 negara pada 2016.

Malaysia mencatatka­n skor 47 daripada 100 dalam tinjauan CPI tahun lalu, menurun dua mata berbanding 49 pada 2016.

Dzulkifli turut meminta masyarakat supaya tidak menilai SPRM daripada sudut pandangan masyarakat asing sebaliknya melihat aktiviti pencegahan dan penguatkua­saan yang dijalankan sepanjang tahun lalu.

Katanya kedudukan Malaysia dalam CPI tidak mencermink­an tindakan SPRM dalam usaha memerangi rasuah di negara ini.

“CPI adalah persepsi ekspatriat luar. Bukan persepsi masyarakat kita. Kita perlu lihat daripada realiti dan bukan persepsi.

“SPRM telah melakukan yang terbaik walaupun ada kekangan pegawai dan bajet. Saya rasa tindakan penguatkua­saan, pencegahan dan pendidikan terbaik dilaksanak­an bagi 2017,” katanya.

Justeru, Dzulkifli berkata laporan CPI itu tidak mematahkan semangat SPRM dan menganggap ia sebagai cabaran menghapusk­an rasuah dan salah guna kuasa. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia