Utusan Borneo (Sabah)

Guna sistem berkualiti

Bagi kerja pembinaan semula sekolah daif

-

PAPAR: Keprihatin­an kerajaan terserlah melalui projek pembinaan semula dan menaik taraf sekolah daif di negara ini yang akan menggunaka­n sistem binaan yang lebih berkualiti.

Timbalan Menteri Kerja Raya Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pembinaan menggunaka­n kaedah sistem binaan berindustr­i (IBS) lazimnya diwajibkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk projek kerajaan bernilai RM10 juta ke atas.

“Tetapi kita minta sistem ini digunakan khusus untuk membina semula sekolahsek­olah yang daif, walaupun pembinaan satu sekolah ini tidak memerlukan kos sehingga RM1 juta.

Namun, kerajaan mahu memastikan kualiti dan ketahanan sekolah ini untuk tempoh yang lama demi keselesaan pelajar, khususnya di luar bandar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas majlis penyerahan surat setuju terima tender (SST) kepada kontraktor dilantik untuk melaksanak­an fasa pertama projek itu di Sabah.

Rosnah turut memberitah­u projek pembinaan sekolah menggunaka­n kaedah IBS itu juga hanya memerlukan tiga bulan, namun kerajaan telah memberi kelonggara­n kepada kontraktor dilantik di Sabah dan Sarawak untuk menyiapkan projek dalam tempoh empat bulan.

Katanya, kelonggara­n itu diberikan berdasarka­n keadaan geografi dua negeri itu yang luas berbanding negeri di Semenanjun­g dan memerlukan masa mencukupi untuk pengurusan logistik.

Mengenai fasa pertama projek itu di Sabah, Rosnah berkata sebanyak 12 pakej kerja ditawarkan bagi membina semula 37 sekolah di seluruh negeri di bawah fasa pertama tahun ini melibatkan kos berjumlah RM164 juta.

Katanya, kerajaan menyasarka­n 109 sekolah daif dibina semula tahun ini menerusi peruntukan RM1 bilion untuk Sabah bagi tahun ini dan tahun depan.

Beliau turut memberitah­u JKR akan melaksanak­an Program Penyelengg­araan Sistem Solar Hibrid di 138 sekolah luar bandar di negeri ini yang melibatkan kos RM24 juta.

Katanya, pelaksanaa­n program itu untuk tempoh dua tahun sehingga 23 Feb 2020. -Bernama

“Kita minta sistem ini digunakan khusus untuk membina semula sekolahsek­olah yang daif, walaupun pembinaan satu sekolah ini tidak memerlukan kos ” sehingga RM1 juta. DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN Timbalan Menteri Kerja Raya Raya

 ??  ?? ROSNAH menyampaik­an dokumen kepada penerima bagi projek penyelenga­raan sistem solar hibrid sekolah luar bandar sempena majlis itu.
ROSNAH menyampaik­an dokumen kepada penerima bagi projek penyelenga­raan sistem solar hibrid sekolah luar bandar sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia