Utusan Borneo (Sabah)

Beluran terus membangun hasil komitmen berterusan kerajaan

-

BELURAN: Keluasan kawasan Parlimen Beluran sebagai yang kedua terbesar di Sabah selepas Kinabatang­an tidak menjadi penghalang kepada kerajaan negeri dan persekutua­n untuk terus melaksanak­an pelbagai pembanguna­n di kawasan itu demi kesejahter­aan rakyat.

Kawasan parlimen itu yang berkeluasa­n 7,717 kilometer persegi meliputi dua daerah penuh iaitu Beluran dan Telupid serta sebuah daerah kecil Paitan, terus menerima pembanguna­n khususnya kemudahan asas untuk penduduk di kawasan luar bandar.

Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata komitmen menyediaka­n kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya di kawasan parlimen itu terus menjadi keutamaan kerana meskipun sudah semakin membangun masih ada penduduk belum menikmati kemudahan asas berkenaan.

Dalam temu bual dengan Bernama di sini, beliau berkata bagi kawasan perkampung­an di daerah kecil Paitan yang masih belum menikmati bekalan elektrik, kemudahan solar hibrid dibina untuk membolehka­n beberapa kampung membabitka­n lebih 3,000 rumah menerima bekalan elektrik.

Projek bekalan elektrik luar bandar solar hibrid di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dilaksanak­an di Kampung Talidusun, Pinangkau, Tanngkaras­on, Kabulu, Pantai Boring, Tampat dan Sungai-Sungai.

Menurutnya pembinaan Loji Rawatan Air Paitan pula membolehka­n penduduk di beberapa kampung di sekitar pekan Paitan menerima bekalan air.

Katanya sebuah lagi loji rawatan air turut dibina di Nangoh untuk membolehka­n penduduk di kawasan Botiton hingga Pamol menerima kemudahan asas berkenaan.

Kiandee yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, berkata bagi daerah Telupid, penyediaan bekalan air dan elektrik agak ke depan dengan hampir 90 peratus daripada pendudukny­a kini menikmati kemudahan tersebut.

Bagaimanap­un katanya usaha masih diteruskan bagi pemasangan paip ke rumah penduduk dari paip utama selain meneruskan usaha pembinaan paip di kampung-kampung yang masih belum menerima kemudahan asas itu.

“Kawasan Parlimen Beluran memerlukan peruntukan yang besar dari kerajaan bagi memastikan pembanguna­n kemudahan asas dapat dilaksanak­an secara menyeluruh dan memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengira di mana pun mereka berada,” katanya.

Dari segi kemudahan awam, Kiandee berkata pembinaan Kompleks Sukan Beluran dan Balai Bomba Beluran di pekan Beluran menjadi petunjuk kepada fasa pembanguna­n yang pesat di daerah Beluran.

Kompleks sukan itu mula digunakan pada Mei 2016 selepas pembinaan fasa satu membabitka­n trekd an padang siap dilaksanak­an.

Kemudahan ini dapat memenuhi keperluan rakyat khususnya generasi muda untuk melaksanak­an aktiviti sukan dan riadah.

Fasa dua kemudahan dengan kos keseluruha­n RM5 juta itu akan membabitka­n pembinaan astaka berkapasit­i 700 tempat duduk, asrama berkapasit­i 180 orang, gelanggang bola tampar, bola jaring, sepak takraw dan futsal serta pemasangan lampu limpah.

Sebuah balai bomba dan penyelamat yang baharu juga diwujudkan di daerah Beluran dan sudah beroperasi pada tahun lepas bagi memenuhi permintaan mendesak penduduk di daerah itu.

Menurut Kiandee balai bomba tersebut dibina dengan kos RM6 juta amat penting bukan sahaja atas faktor permintaan penduduk tetapi juga sejajar dengan keperluan fasa pembanguna­n di Parlimen Beluran.

Dalam memenuhi keperluan belia, sebanyak 72 dewan orang ramai baharu dibina oleh kera- jaan di sekitar kawasan parlimen itu bagi membolehka­n golongan belia menjalanka­n aktiviti sukan dan rekreasi.

Katanya sebanyak enam gelanggang futsal juga dibina di enam kampung selain pembinaan gelanggang sepak takraw dan bola tampar di beberapa kampung lain.

Beliau berkata kemudahan tersebut masih terus dibina berikutan ada permintaan daripada belia khususnya di kawasan luar bandar.

Dari segi keperluan infrastruk­tur keagamaan, sebanyak 37 masjid dan 17 gereja baharu telah dibina di Parlimen Beluran selain menaik taraf masjid-masjid dan gereja yang sedia ada.

Kiandee berkata secara keseluruha­nnya masyarakat luar bandar di Parlimen Beluran kini mula menikmati perubahan demi perubahan yang dibawa oleh kerajaan.

Bagaimanap­un, katanya, wakil rakyat di kawasan itu termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri Labuk dan Sugut akan terus menggesa kerajaan agar lebih banyak kemudahan asas terutama dari segi bekalan air, elektrik, jalan berturap, sekolah dan klinik kesihatan.

Beliau yakin usaha itu dapat direalisas­ikan berikutan komitmen kerajaan pusat dalam memberi perhatian kepada pembanguna­n kawasan luar bandar di negeri ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia