Utusan Borneo (Sabah)

Warga kampus UMSKAL sambut tradisi Pongal Tamil

- Oleh HENRY BATING

LABUAN: Perayaan Pongal untuk warga kampus UMSKAL di sini diraikan pada Isnin meskipun tarikh rasmi perayaan itu jatuh pada 14 Januari, sekadar memberi simbol dan menyempurn­akan kalendar pelaksanaa­n aktiviti Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas).

Pengarah Program Thinesh Ganesan berkata Pongal yang bererti ‘masa menuai’ dalam tradisi masyarakat India Selatan tidak dapat diadakan pada tarikh sepatutnya berikutan cuti semester.

“Ini adalah antara tiga perayaan India yang mengisi kalendar tahunan kampus, selain Pesta Cahaya dan Malam Budaya India,” katanya.

Mengisi perayaan Pongal ialah pertanding­an memasak Pongal dalam tembikar menggunaka­n kayu api, persembaha­n tradisi India dan penyampaia­n hadiah pelbagai acara yang dipertandi­ngkan.

Pongal menandakan masa untuk orang Tamil menuai hasil tanaman dan dirayakan pada permulaan bulan Thai mengikut kalendar Tamil. Pongal dirayakan bagi merakamkan ‘uttarayan’ atau pergerakan matahari menuju ke utara. Mengikut tradisi, Pongal dirayakan tiga hari berturut-turut.

Hari pertama adalah menyambut surya pongal sebagai memberi penghormat­an kepada matahari. Anak dara bangun awal menghias dan memasak pongal (campuran beras, gula dan susu) di halaman rumah dengan membiarkan masakan melimpah sebagai simbol limpahan kehidupan serba baik.

Hari kedua ialah ‘mattu pongal’ iaitu memandikan lembu-lembu lalu membubuh kunyit pada tanduk dan badan serta dikalungka­n dengan bunga. Pongal yang dimasak turut disuap kepada lembu.

Hari ketiga ialah ‘kanni pongal’ bermaksud anak dara memasak pongal beramairam­ai di rumah atau di kuil dengan kehadiran ramai orang.

Hadir menyaksika­n Pongal ialah Timbalan Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik Dr Zamhar Iswandono Ag Ismail dan Pengetua Kolej Kediaman UMSKAL Dr Hadzariah Ismail.

 ??  ?? PONGAL UMSKAL disempurna­kan perasmiann­ya.
PONGAL UMSKAL disempurna­kan perasmiann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia