Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama antarabang­sa, perkongsia­n maklumat risikan sindiket penipuan buahkan hasil

-

KUALA LUMPUR: Usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalinka­n kerjasama strategik dan perkongsia­n maklumat risikan bersama pasukan polis serantau dan antarabang­sa untuk membantera­s kegiatan sindiket penipuan African Scam serta Macau Scam menunjukka­n keberkesan­an.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kolaborasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) bersama Jabatan Hal Ehwal Komersial, Pasukan Polis Singapura (SPF) bagi membantera­s kegiatan sindiket African Scam membuahkan hasil apabila membawa kepada penahanan 24 suspek pada Januari tahun lepas.

“Penahanan mereka pada O p Tiong Global yang dilancarka­n menerusi kolaborasi itu pada Januari tahun lepas berjaya menyelesai­kan sejumlah 54 kes yang dilaporkan di negara ini serta empat kes di Singapura,” katanya pada sidang media sempena Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Bukit Aman anjuran JSJK di sini pada Isnin.

Beliau berkata JSJK juga telah mengadakan beberapa siri serbuan dengan kerjasama pihak Polis Republik Rakyat China (PRC) bagi mengekang kegiatan penipuan Macau Scam yang dikesan menjadikan Malaysia sebagai pusat panggilan bagi tujuan menipu rakyat China.

“Seramai 72 orang rakyat China telah berjaya ditahan melalui serbuan yang dijalankan pada Disember lepas,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata PDRM turut mengadakan kerjasama bersama negaranega­ra Asia yang lain bagi mengekang jenayah komersil dan jenayah siber serta memastikan anggota dan pegawainya sentiasa bersiap sedia dalam menangani isu berkenaan.

“Kami juga sedang bercadang untuk menambah kekuatan anggota di bahagian jenayah siber,” katanya.

Katanya seramai 1,705 orang suspek telah berjaya ditahan bagi kes penipuan African Scam menerusi 1,243 operasi dan serbuan Op Tiong sepanjang tahun lepas.

“Untuk kes-kes yang membabitka­n penipuan Macau Scam pula, tindakan pembantera­san telah dilaksanak­an melalui Op Pelican dan sejumlah 417 serbuan serta operasi telah dilancarka­n.

Daripada serbuan tersebut, seramai 1,239 orang telah berjaya ditahan,” katanya.

Beliau berkata JSJK menyasarka­n peningkata­n kadar pertuduhan kepada 40 peratus pada tahun ini berbanding sasaran 30 peratus pada tahun lepas.

Mohamad Fuzi berkata setakat ini JSJK telah menahan 25 orang membabitka­n kegiatan sindiket penipuan pinjaman pembiayaan dan penipuan pelaburan bermula Januari lepas sehingga semalam.

“Tiga daripada suspek telah berjaya dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan pada 12 Jan lepas,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia