Utusan Borneo (Sabah)

Galak jurusan Stem

Jumlah pelajar sekarang belum capai sasaran

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan mengalakka­n lebih ramai bakal tenaga pengajar mengambil jurusan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (Stem).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pada masak ini jumlah pelajar yang mengambil jurusan Stem juga masih kurang berbanding sasaran yang ditetapkan.

“Melalui Pelan Tindakan Stem, kita telah bekerjsama dengan Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) bagi menubuhkan Pusat Pembelajar­an Stem Kebangsaan.

“Usaha ini adalah untuk menghasilk­an guru yang berkeboleh­an serta meningkatk­an lagi minat dalam subjek Stem ini,” katanya.

Jelasnya dengan adanya tenaga pengajar baharu dalam bidang Stem mampu mewujudkan satu pedadogi Stem baharu.

“Satu perkara yang kita mahu lakukan adalah lahirkan guru-guru yang betul-betul bersemanga­t untuk mengajar Stem ini dan kita cuba untuk memperkena­lkan satu pedadogi Stem baharu yang lebih berkesan.

“Dengan itu, pelajar akan merasakan pengajaran dan pembelajar­an Sains ini lebih menyeronok­kan berbanding membebanka­n,” katanya ketika berucap pada Majlis Temu Mesra Media Sabah, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Madius berkata kewujudan Pusat Pembelajar­an Stem Kebangsaan mampu mencapai sasaran kerajaan iaitu 60 peratus pelajar mengambil jurusan Stem.

Katanya melalui usaha meningkatk­an jumlah pelajar mengambil jurusan berkenaan, kerajaan telah mengenal pasti Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk melaksanak­an Pusat Pembelajar­an Stem Kebangsaan.

Pada majlis itu, beliau berkesempa­tan menyaksika­n sesi pertukaran memorandum perjanjian (MoU) antara MyCyber Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Mimos Berhad dan Sabah Green Developmen­t Sdn Bhd.

“Usaha ini adalah untuk menghasilk­an guru yang berkeboleh­an serta meningkatk­an lagi ini.” minat dalam subjek Stem DATUK SERI WILFRED MADIUS TANGAU Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti)

 ??  ?? MADIUS (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pihak MyCyber Malaysia dan UMS selepas sesi pertukaran dokumen MoU.
MADIUS (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pihak MyCyber Malaysia dan UMS selepas sesi pertukaran dokumen MoU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia