Utusan Borneo (Sabah)

BN Selangor kemuka bantahan syor kedua persempada­nan kawasan Parlimen

-

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor pada Isnin mengemukak­an bantahan terhadap cadangan kedua persempada­nan semula bahagian pilihan raya melibatkan tujuh kawasan Parlimen kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

Kawasan Parlimen berkenaan ialah Tanjong Karang, Kuala Selangor, Subang, Kuala Langat, Gombak, Ampang dan Serdang.

Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar berkata antara bantahan itu adalah berkaitan pemindahan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah Sempadan di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong ke DUN Permatang yang kedua-duanya terletak dalam Parlimen Tanjong Karang.

“Alasan syor kedua SPR bahawa pemindahan P D Mi tu bertujuan menyeimban­gkan bilangan pengundi di keduadua DUN berkenaan dilihat tidak bersesuaia­n,” kata Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang kepada pemberita selepas sesi pendengara­n bantahan kepada SPR di sini, Isnin.

SPR mengadakan siasatan tempatan kali kedua bagi syor persempada­nan negeri Selangor pada hari ini hingga 28 Feb. Tempoh bantahan bagi cadangan kedua persempada­nan semula bahagian pilihan raya Parlimen dan DUN Selangor tamat pada 14 Feb lepas.

Semasa mengulas lanjut, Noh berkata pemindahan PDM dilihat tidak berlandask­an kepada Jadual Ketiga Belas Perlembaga­an Persekutua­n yang menyatakan persempada­nan semula kawasan bukan hanya bergantung kepada keseimbang­an pengundi semata-semata tetapi sepatutnya perlu dipengaruh­i faktor geografi.

“Keluasan DUN Permatang adalah dua per tiga daripada Parlimen Tanjong Karang manakala DUN Sungai Burong hanya satu pertiga sahaja.

“Jika PDM Sawah Sempadan dipindahka­n, bilangan pengundi DUN Permatang yang sekarang ini berjumlah 21,409 orang akan bertambah menjadi 22,831 manakala DUN Sungai Burong yang ketika ini mempunyai 25,091 pengundi, akan berkuranga­n kepada 23,757 orang,” katanya.

Disebabkan itu, Noh berkata tindakan pemindahan PDM itu kelak akan menyukarka­n Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) terlibat menyantuni pengundi kerana faktor kawasan sawah padi yang terlalu luas.

Beliau turut mempersoal SPRM mengenai pemindahan PDM berkenaan sedangkan terdapat dua lagi PDM di kawasan sama iaitu PDM Sawah Sempadan Utara dan PDM Sawah Sempadan Selatan tidak pula dipindahka­n.

Noh, yang juga Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata bantahan itu dibuat berikutan syor kedua SPR itu tidak mengambil cadangan yang dikemukaka­n BN semasa syor pertama dan ia dilihat memberi kelebihan kepada gabungan pembangkan­g Pakatan Harapan di Selangor. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia