Utusan Borneo (Sabah)

Rozman hadiri Kupi-kupi alumni UKM Labuan-Sabah

-

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli telah menghadiri program Kupi-kupi Alumni UKM Labuan–Sabah di sini pada Sabtu.

Pada majlis itu, beliau mengumumka­n sumbangan RM5,000 kepada Alumni UKM Labuan–Sabah yang diterajui Yusop Mohamad dari Jabatan Pendidikan Labuan.

Persatuan itu turut dibarisi Timbalan Pengerusi Hajah Fauziah Mohd Din dan Setiausaha Yahya Ahmad Puteh yang merupakan penolong kanan HEM di SMK RanchaRanc­ha.

Rozman yang juga penaung persatuan itu mahu Alumni UKM turut membantu warga Labuan khususnya pelajar sekolah rendah dan menengah serta IPTA untuk meningkatk­an kemahiran dalam pelbagai bidang berkaitan pendidikan.

“Alumni UKM Labuan– Sabah mempunyai peranan sangat besar untuk memartabat­kan pendidikan di Wilayah Persekutua­n Labuan. Mereka mempunyai kemahiran dan pengalaman yang sewajarnya digunakan untuk membantu pelajar sekolah,” katanya.

Sementara itu, Yahya berkata pihaknya telah mengadakan program Sukarelawa­n Membasmi Buta Huruf setiap bulan dengan kerjasama UTC, Pasar Sentral Labuan untuk membantu murid sekolah rendah menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira).

Mengenai majlis itu, beliau berkata ia bertujuan beramah mesra dengan Ahli Parlimen Labuan sambil mengumpul ahli Alumni UKM Labuan–Sabah.

“Program itu telah dihadiri Datuk Rozman buat kali ketiga sejak ditubuhkan pada 2016. Kami mahu mengumpul lebih ramai ahli Alumni UKM Labuan–Sabah untuk membantu warga Labuan,” katanya.

Turut menjadi ahli persatuan itu ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin dan Pengarah Kastam Labuan selain warga pendidik, perbankan dan syarikat swasta.

 ??  ?? ROZMAN(empat kanan) menghadiri program Kupi-kupi Alumni UKM Labuan–Sabah. Turut kelihatan Yusop (tiga kiri).
ROZMAN(empat kanan) menghadiri program Kupi-kupi Alumni UKM Labuan–Sabah. Turut kelihatan Yusop (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia