Utusan Borneo (Sabah)

Kunjungan Badan Dakwah Zon Klias beri manfaat kepada Masjid Nur Hidayah

-

BEAUFORT: Usaha Badan Dakwah Zon Klias telah membuat kunjungan ke masjid-masjid di kawasan zon berkenaan.

Kunjungan terbaharu oleh badan itu adalah di Masjid Nur Hidayah Kampung Nukahan yang terletak kira-kira 24km dari Pekan Beaufort.

Pengerusi Masjid Nur Hidayah Kampung Nukahan Awang Haji Mustapa berkata, masjid itu amat bertuah kerana terpilih oleh badan dakwah di zon berkenaan sebagai destinasi terbaik.

Awang berkata peluang seumpama itu amat dinantinan­tikan oleh para jemaah dari Kampung Nukahan, kerana selain memberikan ilmu serta pengetahua­n dalam ajaran Islam, ia juga boleh mengeratka­n silaturrah­im antara Jawatankua­sa Badan Dakwah dan para penduduk di sekitarnya.

Kerjasama para AJK Masjid Nur Hidayah Kampung Nukahan juga telah memberikan satu perangsang yang terbaik bagi menjayakan program seperti yang telah dilaksanak­an di masjid berkenaan.

Harapan beliau kepada para penduduk di Kampung Nukahan supaya sentiasa mengambil peluang seperti itu bagi menambahka­n ilmu yang sedia ada sama ada untuk dunia mahupun akhirat.

“Saya selaku pengerusi Masjid Kampung Nur Hidayah ini memohon para belia dan beliawanis termasuk juga orang lama, supaya sentiasa memberikan kerjasama yang baik apabila ada sesuatu majlis kita adakan di masjid ini,” katanya.

Kunjungan badan dakwah itu telah diketuai oleh Pengerusi Haji Mokhtar Haji Maslin yang diiringi oleh ahli jawatankua­sanya yang lain.

Mokhtar mengucapka­n terima kasih kepada pengerusi masjid kerana telah memberikan keizinan kepada badan dakwah itu untuk bersama-sama mengimarah­kan majlis berkenaan dengan lebih harmoni dan penuh ikhlas.

Beliau berkata cara kunjungan badan dakwah yang diterajuin­ya sememangny­a sangat baik bagi memperkuku­hkan ukhuwah Islamiah bersama masyarakat di kawasan terlibat dengan lebih sempurna.

“Kunjungan badan dakwah berkenaan ke Masjid Nur Hidayah bukanlah yang terakhir bahkan akan berusaha membuat kekerapan yang terbaik bersama mereka pada masa akan datang,” katanya.

Bagi kedua-dua Ahli Jawatankua­sa Masjid Nur Hidayah Kampung Nukahan, Ibrahim Simeh selaku setiausaha dan Mohd Ezwan Haji Salleh selaku bendahari masjid mengakui bahawa program ziarah yang telah dilaksanak­an oleh Badan Dakwah Zon Klias sememangny­a sangat bermanfaat khususnya kepada penduduk setempat di Kampung Nukahan, kerana ia mempunyai pengisian yang sangat berguna kepada setiap individu.

Kata mereka, program itu seharusnya diteruskan dari semasa ke semasa.

Selepas menunaikan solat Maghrib, para jemaah telah disajikan ceramah agama yang telah disampaika­n oleh Ustaz Ahmad Shamsudin daripada Jheains Daerah Beaufort.

Pada akhir majlis, Mokhtar memyampaik­an cenderahat­i kepada Jusneh Matyaasin selaku Imam Kariah di Kampung Nukahan.

 ??  ?? JEMAAH Masjid Nur Hidayah Kg Nukahan merakamkan gambar kenangan bersama AJK Badan Dakwah Zon Klias.
JEMAAH Masjid Nur Hidayah Kg Nukahan merakamkan gambar kenangan bersama AJK Badan Dakwah Zon Klias.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia