Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur didakwa lakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak

-

KOTA KINABALU: Seorang penganggur berusia 53 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan melakukan kesalahan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan.

Tertuduh bagaimanap­un mengaku tidak bersalah, di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim, selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menyentuh payudara dan kemaluan anak buahnya yang berusia sepuluh tahun.

Kesalahan dilakukan pada 10 Januari jam 12 tengah hari, di rumah tidak bernombor di sebuah kampung, Manggatal.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 14( a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, boleh dikenakan penjara selama 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja mencadangk­an tertuduh ditawarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dibayar penuh, selain melaporkan diri di balai polis terdekat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon jumlah berkenaan dikurangka­n, Selain dirinya menghidap penyakit strok dan isterinya hanya seorang suri rumah.

Noor Hafizah mengarahka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM5,000 dicagarkan dua penjamin tempatan, disamping pasport diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Tertuduh juga diperintah­kan melaporkan diri di balai polis terdekat mengikut masa yang ditetapkan, selain dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan pada 23 Mac untuk pengurusan kes terhadap tertuduh, manakala tarikh perbicaraa­n pada 6 hingga 8 Ogos.

Di Kuala Lumpur, seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin atas pertuduhan mengedar dadah lebih 26 kilogram (kg) di parkir kereta sebuah kondominiu­m di Ampang, dua minggu lalu.

R.Nagaraju, 38, dituduh mengedar dadah disyaki jenis methamphet­amine anggaran seberat 26.520 kg di parkir Tingkat 3, Axis Residences @ Axis, Taman Cempaka, Ampang pada 4.30 pagi, 14 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu melibatkan hukuman mati dan terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatka­n laporan kimia.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia