Utusan Borneo (Sabah)

Bekas operator kren didenda RM4,000 hantar komunikasi jelik terhadap PM

-

KUALA LUMPUR: Seorang bekas operator kren didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini Isnin kerana memuat naik komunikasi jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung satu klip video di laman akaun Facebookny­a, dua tahun lepas.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhka­n hukuman itu terhadap Muhammad Amirul Helmy Hisham, 24, selaku Orang Kena Saman (OKS), selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapny­a semasa sebutan kes hari ini.

Mahkamah juga memerintah­kan OKS dipenjara sebulan jika gagal membayar denda. Lelaki itu membayar denda.

Muhammad Amirul Helmy didakwa menggunaka­n nama profilnya ‘Amirul Helmy’ di laman Facebook secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain pada 10.23 pagi, 18 Nov 2016.

Komen Muhammad Amirul Helmy dibaca pada 17 Feb 2017, 9 pagi, di Tingkat 11, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau keduaduany­a dan hendaklah juga boleh didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Muhammad Amirul Helmy yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan atas alasan dia penanggung tunggal keluarga.

“Saya sudah diberhenti­kan kerja sejak saya didakwa di mahkamah, saya menanggung ibu bapa dan adik yang masih belajar. Sehingga kini saya tidak bekerja,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Mohd Sophian Zakaria memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan alasan kesalahan yang dilakukan oleh OKS adalah tidak menghormat­i undang-undang negara.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia