Utusan Borneo (Sabah)

Pro dan kontra kedatangan pemasaran atas talian kepada peniaga

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Penggunaan perkhidmat­an atas talian (online) sebagai platform pemasaran produk memberikan perkembang­an positif kepada peniaga trend masa kini tetapi turut memberikan impak kepada perniagaan sedia ada.

Presiden Parti Liberal Demokratik Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang berkata, teknologi terkini telah menyediaka­n platform digital sebagai satu proses inovasi yang wajar digunapaka­i oleh keseluruha­n komuniti peniaga.

“Kreatif dalam inovasi bukan sahaja memberikan impak kepada perniagaan tetapi juga semua sektor yang ada seperti industri perhotelan, teksi dan sebagainya. Oleh itu, semua pihak wajar bergerak selari dengan inovasi ini untuk berkembang lebih maju.

“Kita tidak dapat menghentik­an trend ini dan apa yang boleh dilakukan adalah mengawal selia perkara itu. Pengusaha pula harus mentransfo­rmasikan perniagaan masing-masing untuk bergerak seiring dengan perubahan ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tahun Baharu Cina Parti Liberal Demokratik (LDP) Bersama Media, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, salah satu perkhidmat­an yang berkembang pada ketika ini adalah perkhidmat­an kurier yang mana berpuluh ribu bungkusan produk perlu dihantar kepada penerima di negeri ini setiap hari.

Katanya, bungkusan yang dipesan khususnya berkaitan produk jualan dari luar negara itu mencermink­an bahawa perniagaan atas talian kini telah dijadikan keutamaan.

“Premis kedai barangan di bandaraya ini tidak menerima kesan berikutan trend itu disebabkan ramai pelancong tetapi keadaan itu akan memberikan impak kepada peniaga di bandar-bandar lain negeri ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Teo yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata mantan Presiden LDP Datuk VK Liew mempunyai kebebasan atau hak menyertai mana-mana parti politik lain dan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, tempoh penggantun­gan keahlian beliau (Liew) dalam LDP juga telah tamat dan notis pemberitah­uan mengenai perkara itu bukan satu kewajipan.

“Dia (Liew) kini masih ahli LDP tetapi saya juga kurang pasti disebabkan berdasarka­n laporan akhbar yang saya baca, dia sudah keluar dari parti ini, tetapi sehingga kini LPD masih belum menerima sebarang surat pelepasan keahlianny­a,” katanya.

 ??  ?? TEO (tengah) bersama tetamu kehormat dan pengamal media lain menyempurn­akan acara Yee Sang.
TEO (tengah) bersama tetamu kehormat dan pengamal media lain menyempurn­akan acara Yee Sang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia