Utusan Borneo (Sabah)

SMK Tawau rai sambutan ulang tahun ke-60

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau meraikan sambutan ulang tahun ke-60 sekolah itu menerusi pelbagai pengisian menarik pada Sabtu, termasuk acara simbolik penanaman 60 pokok.

Pengisian lain yang diadakan termasukla­h bacaan Yassin dan tahlil, Bicara Cinta (Syukur), pemotongan kek ulang tahun sekolah, Tinta Cinta I Love SMKT, fun run dan fun ride.

Turut diadakan, gimik perasmian, pertanding­an mencipta dan deklamasi puisi, pertanding­an memasak, pertanding­an kereta kawalan jauh, serta timbang/tendang bola.

Acara sukan paintball shooting target juga dianjurkan selain pertanding­an akustik dan karaoke, pertanding­an memancing, pertanding­an PS4 dan pertanding­an mewarna.

Persembaha­n pelajar, food truck/kiosk/gerai jualan, pameran agensi dan kerjaya, sejarah dan kecemerlan­gan sekolah, motosikal berkuasa tinggi dan kereta lasak juga diadakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk Abdul Muis Picho hadir merasmikan program itu dan menyempurn­akan acara pemotongan kek ulang tahun ke-60 sekolah.

Pengetua Cemerlang SMK Tawau Datin Fitriani Wahid turut hadir bersama warga pendidik meraikan hari istimewa sekolah itu yang dibuka semenjak 21 Februari 1958.

Dalam ucapannya, Muis menyifatka­n sambutan itu hasil kejayaan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bekas pelajar, komuniti dan sektor swasta bersama pentadbir, guruguru dan pelajar-pelajar SMK Tawau.

“Kita berharap bekas pelajar sekolah ini dapat terus menabur bakti, ibarat peribahasa jadilah umpama ‘sirih pulang ke gagang’ dan elak seperti ‘kacang lupakan kulit’.

“Mudah-mudahan semangat dan komitmen tinggi semua pihak akan ditingkatk­an lagi supaya sekolah ini mencapai kejayaan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya.

Fitriani dalam ucapan alualuanny­a pula, mendedahka­n bahawa SMK Tawau sudah ditadbir oleh seramai 12 pengetua semenjak diwujudkan pada 60 tahun yang lepas.

Beliau berkata majlis ‘ReunionAlu­mniSMKTawa­u’ akan diadakan sempena ulang tahun sekolah pada tarikh yang dijangka berlangsun­g antara penghujung Mac dan April 2018.

“Sambutan ulang tahun yang diraikan diharap dapat mencetuska­n semangat baharu warga sekolah untuk membuat anjakan paradigma untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

“Sekaligus merealisas­ikan visi sekolah untuk menjadi sekolah unggul di Malaysia,” katanya, sambil merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat.

Untuk rekod, SMK Tawau bermula dengan nama Sekolah Lanjutan Rendah Negeri melibatkan gabungan kelas dari Sekolah Rendah Yuk Chin dan Sekolah Rendah St Patrick.

Pada peringkat awal pembukaann­ya, sekolah itu mempunyai seramai 150 pelajar yang dibahagika­n kepada empat kelas dan memiliki seramai lapan tenaga pengajar.

Kemudian, nama sekolah itu diubah kepada Sekolah Menengah Rendah Tawau oleh Pengarah Pelajaran Negeri pada 1958 dan menumpang di Sekolah Menengah St Patrick.

Pada tahun 1960, sekolah terbabit dipindahka­n ke tapak sekolah sekarang namun kelas pembelajar­annya hanyalah sehingga tingkatan tiga sahaja.

Tahun 1964 pula menyaksika­n sekolah itu memulakan pembelajar­an tingkatan empat dan menggunaka­n Bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai bahasa penghantar sehingga nama sekolah ditukar kepada Government Secondary School Tawau.

Sehinggala­h pada 1976 nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau yang kekal sehingga hari ini apabila Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar.

 ??  ?? MUIS memacakkan papan tanda bersama Fitriani dan Amir di salah satu daripada 60 pokok yang ditanam sempena majlis sambutan ulang tahun ke-60 SMK Tawau.
MUIS memacakkan papan tanda bersama Fitriani dan Amir di salah satu daripada 60 pokok yang ditanam sempena majlis sambutan ulang tahun ke-60 SMK Tawau.
 ??  ?? MUIS (dua kanan) berbincang sesuatu dengan Yang Dipertua PIBG SMK Tawau Amir Kanje (kanan). Turut kelihatan Fitriani (tengah).
MUIS (dua kanan) berbincang sesuatu dengan Yang Dipertua PIBG SMK Tawau Amir Kanje (kanan). Turut kelihatan Fitriani (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia