Utusan Borneo (Sabah)

Kesan negatif maklumat palsu

Semua pihak perlu berhati-hati dalam penggunaan media sosial

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Penularan maklumat palsu menerusi media sosial mampu memberikan kesan negatif kepada belia di negara ini khususnya Sabah.

Ketua Pemuda Parti Liberal Demokratik (LDP) Tsang Hieng Yee berkata, walaupun teknologi yang ada kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian tetapi semua pihak perlu berhatihat­i dengan penggunaan media sosial.

“Dengan niat yang tidak baik, seseorang individu itu mampu menularkan berita paslu untuk agenda sendiri.

“Perkara yang teruk adalah menyebarka­n bahawa majikan di negara ini tidak menawarkan sebarang peluang pekerjaan disebabkan ekonomi tidak baik dan memberhent­ikan pekerja,” katanya pada Majlis Tahun Baharu Cina Parti Liberal Demokratik (LDP) bersama Media, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, berita palsu seumpamany­a boleh menyebabka­n pelajar lepasan sekolah putus harapan mencari pekerjaan dan akhirnya menyebabka­n mereka menganggur sehingga menjadi beban kepada ibu bapa.

Katanya, belia di sini tidak perlu khuatir kerana majikan di seluruh negara masih menawarkan peluang pekerjaan.

Sementara itu, Presiden LDP Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang berkata, maklumat palsu terutamany­a berkaitan perkauman dan agama adalah satu perkara yang sangat bahaya.

“Banyak kes di mana media sosial disalahgun­akan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab untuk mencapai agenda mereka.

“Kita perlu mempunyai undang-undang bagi mengekang perkara ini berlaku di dalam dunia maya,” katanya.

Menurutnya, Jerman dan juga negara Eropah lain mempunyai undang-undang berkaitan untuk mengekang penyebaran maklumat palsu selain mengenakan denda sehingga 50 juta euro.

Oleh itu katanya, pengamal media konvension­al masih relevan kerana sentiasa membuat laporan yang benar.

“Walaupun teknologi yang ada kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian tetapi semua pihak perlu berhati-hati dengan penggunaan media sosial. ” TSANG HIENG YEE

Ketua Pemuda Parti Liberal Demokratik (LDP)

 ??  ?? TSANG (duduk, kiri), Teo (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pengamal media.
TSANG (duduk, kiri), Teo (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pengamal media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia