Utusan Borneo (Sabah)

Polis rampas dadah, sepucuk pistol di Tanjung Piandang

-

BAGAN SERAI: Polis Daerah Kerian melumpuhka­n satu sindiket pengedaran dadah dengan tertangkap­nya dua pengedar dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM25,000 serta sepucuk pistol dalam serbuan di Tanjung Piandang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata kedua-dua suspek berumur 40-an itu yang merupakan penagih tegar ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dalam serbuan di sebuah garaj kereta berhadapan sebuah rumah di kawasan Bagan Selatan, Tanjung Piandang pada pukul 11 malam.

Katanya hasil pemeriksaa­n terhadap seorang daripada suspek, polis menjumpai satu peket plastik lutsinar disyaki dadah jenis methamphet­amine dalam sebuah beg silang berwarna hitam pada badan suspek.

“Pemeriksaa­n seterusnya ke sebuah kereta jenis Produa Kancil yang diletakkan dalam garaj berkenaan menemukan empat peket plastik lutsinar disyaki heroin, sepucuk pistol jenis Luger bersama satu kelopak peluru kosong dan 35 butir peluru bertulis

Thai Arms Auto 380 dalam satu bekas plastik berwarna hitam.

Polis kemudianny­a memeriksa sebuah bilik kecil di garaj itu dan menemui tiga lagi peket lutsinar disyaki dadah jenis heroin, satu peket berisi 50 biji pil Eramin 5, satu botol plastik mengandung­i cecair Potasium Permangana­te, satu botol kaca mengandung­i cecair Ethanol Absolute, satu botol cecair mengandung­i

Propylene Glycol USA dan empat balang kaca disyaki berisi asid,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini, pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia