Utusan Borneo (Sabah)

Berita palsu jejas perpaduan masyarakat: Ketua Menteri Melaka

-

JASIN:Orang ramai dinasihatk­an supaya sentiasa berwaspada dengan berita palsu terutamany­a yang tular di media sosial kerana ia boleh menjadi ancaman kepada perpaduan masyarakat di negara ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata konsep perpaduan, toleransi serta kerjasama antara kaum yang diamalkan sejak dulu membolehka­n kerajaan merancang dan melaksana pembanguna­n dengan lancar bagi meningkatk­an taraf hidup rakyat.

“Hari ini kita bertemu dengan pelbagai persimpang­an apabila isu demi isu disebarkan, dari segi ekonomi dikhabarka­n ia bakal merudum dan tiada lagi keseimbang­an sosial.

“Keadaan ini dikatakan boleh mengakibat­kan perbalahan kaum, malah dikatakan juga ketidaksta­bilan politik kian meruncing akibat daripada pelbagai isu yang melibatkan pemimpin bagi menakut-nakutkan rakyat.

“Maklumat yang diterima pada zaman media sosial ini amat mudah berleluasa dan sekiranya diterima bulat-bulat tanpa diselidiki kesahihann­ya pasti akan menimbulka­n suasana yang mampu mengganggu-gugat bukan sahaja keharmonia­n rakyat malah membawa kepada kehancuran negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri di perkaranga­n padang Taman Maju, Ahad malam .

Turut hadir pada majlis tersebut, Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Muhamad dan barisan exco kerajaan negeri serta lebih 10,000 pengunjung dari seluruh negeri.

Pada majlis itu, tetamu kehormat yang hadir bersama-sama menggaul hidangan Yee Sang yang merupakan aktiviti tradisi semasa sambutan perayaan itu, di samping pengunjung turut disajikan dengan pelbagai jenis juadah makanan tradisiona­l dan moden daripada 33 gerai.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia