Utusan Borneo (Sabah)

Kerjaya Prospek catat pendapatan tahun kewangan 2017 kukuh

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Kerjaya Prospek Group Bhd (Kerjaya) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017 melonjak 26 peratus kepada RM125.79 juta.

Perolehan bagi tahun kewangan 2017 naik kepada RM956.02 juta berbanding RM798.69 juta tahun ke tahun.

“Peningkata­n perolehan dan keuntungan bersih sebahagian besarnya daripada segmen pembinaan yang pada masa ini mempunyai nilai perolehan kontrak yang besar terdiri daripada projek dianugerah­kan oleh pemaju hartanah premium di Malaysia,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Bagi suku keempat, perolehan naik 10.4 peratus kepada RM252.66 juta manakala keuntungan bersih meningkat 10.6 peratus kepada RM28.31 juta berbanding suku keempat tahun kewangan 2016, masingmasi­ng sebanyak RM228.82 juta dan RM25.87 juta.

Mengenai masa depan, segmen pembinaan dijangka terus menjadi pemacu perolehan yang utama manakala segmen pembanguna­n hartanah turut diunjurkan menyumbang secara positif kepada pendapatan­nya sejajar dengan kadar pembelian yang menggalakk­an bagi projek pembanguna­n hartanahny­a di Genting Permai.

“Bagi tahun kewangan semasa, jumlah nilai perolehan kontrak tambahan yang diraih dalam tangan adalah RM1.4 bilion, dan nilai perolehan kontrak yang terkumpul berjumlah RM3 bilion pada suku tahun semasa.

“Projek pertama kami, Vista Residences, mencatatka­n kadar pembelian yang menggalakk­an dengan jualan belum dijelaskan pada masa ini sebanyak RM71 juta,” menurut Kerjaya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia