Utusan Borneo (Sabah)

NAM bantu bangunkan industri automotif yang dinamik di Malaysia

-

PUTRAJAYA: Perkongsia­n antara Naza Corporatio­n Holdings (Naza Group) dan Groupe PSA dari Perancis di kilang Naza Automative Manufactur­ing (NAM) di Gurun, Kedah, akan membantu membangunk­an industri automotif yang dinamik di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, pakatan strategik itu akan menyaksika­n pengenalan model baharu dengan vendor tempatan dapat meningkatk­an kemahiran mereka yang akan membawa manfaat kepada industri tempatan serta masyarakat.

Menurutnya, perkongsia­n itu akan menjadikan NAM sebagai hab pengeluara­n automotif bagi Groupe PSA untuk mengembang­kan operasinya di pasaran ASEAN.

“NAM akan menjadi hab eksport bagi negara-negara serantau ini dan juga di luar darinya. NAM diunjur mengeluark­an sebanyak 18,000 unit kereta pada 2019 dan 21,000 unit lagi pada 2020 dengan unjuran hasil masing-masing sebanyak RM724 juta dan RM967 juta.

“Akan ada rangsangan ekonomi di sini kerana perkongsia­n ini dijangka melahirkan 70 vendor tempatan tambahan dalam tempoh lima tahun akan datang dan mewujudkan tambahan 1,200 peluang pekerjaan di Kedah,” kata Najib.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum menyaksika­n majlis permeterai­an perjanjian jualan saham dan perjanjian usaha sama antara Naza Group dan Groupe PSA, di sini, semalam, bagi penubuhan operasi bersama kilang NAM itu.

NAM seterusnya akan mengeluark­an jenama terkemuka dunia seperti Peugeot, Citroen, DS, Opel dan Vauxhall.

Turut hadir pada majlis tersebut termasukla­h Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Pegawai Ekskeutif Naza Group S.M. Nasarudin S.M. Nasimuddin, Naib Presiden Eksekutif PSA Group (China dan Asia Tenggara) Carlos Gomes dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Groupe PSA ialah pengeluar kereta kedua terbesar di Eropah yang mempunyai operasi di 160 negara di seluruh dunia, dengan lebih 170,000 kakitangan dan menjual lebih 3.5 juta kenderaan tahun lepas.

Kilang Naza Group di Gurun, Kedah itu dengan keluasan 56 hektar, memasang kereta Peugeot dan Kia bagi pasaran Malaysia serta eksport dan memiliki kapasiti tahunan mengeluark­an kira-kira 50,000 kenderaan setahun.

Kilang itu yang terdiri daripada kilang pemasangan, pejabat dua tingkat, trek ujian, lot bagi vendor dan bekalan, penginapan kakitangan serta kemudahan rekreasi, ditubuhkan pada Mei 2004.

Naza Group akan bertanggun­gjawab sepenuhnya bagi pengedaran kereta Peugeot, Citroen dan DS di pasaran tempatan manakala Groupe PSA akan meneroka prospek pengedaran di pasaran ASEAN lain bagi memanfaatk­an potensi 680 juta pelanggan di rantau ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Group Datuk Samson Anand George berkata Groupe PSA akan membeli 56 peratus pegangan dalam NAM.

Mengenai jumlah pelaburan tersebut, beliau berkata: “Kami belum mengetahui­nya untuk menyatakan­nya buat masa ini. Ia adalah jumlah yang besar.”

Samson berkata Naza Group menyasar untuk meningkatk­an pengeluara­n kereta Eropah itu kepada 10 peratus tahun ini.

“Sasaran kami seterusnya adalah 18 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan rangkaian model baharu dan produk baharu daripada Groupe PSA,” katanya kepada pemberita selepas majlis permeterai­an itu.

Sementara itu Pengerusi Lembaga Pengurusan Groupe PSA, Carlos Tavares, berkata NAM akan mengeluark­an kenderaan pertamanya bagi tahun ini dengan Peugeot 3008 dan Citroen C5 Aircross pada 2019.

“Penubuhan hab ASEAN di Gurun, Kedah, merupakan langkah penting bagi kumpulan yang akan membawa kepada pembanguna­n perniagaan menguntung­kan di rantau ini sebagai sebahagian daripada pelan strategik ‘Push to Pass’ kami.

“Kami gembira dapat bekerjasam­a dengan Naza Group dan terus memanfaatk­an hubungan bersejarah kami,” katanya.

Beliau berkata Groupe PSA menyasar menggandak­an kuantiti kenderaann­ya di rantau ini.

Sementara itu, SM Nasarudin berkata, dengan kerjasama tersebut, terdapat potensi yang amat besar bagi Kedah untuk menjadi hab pengeluara­n kenderaan motor utama di negara ini.

“Ini akan menambahka­n lagi nilai kepada industri kereta tempatan,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia