Utusan Borneo (Sabah)

Ulama, umara bukan dua golongan terpisah

-

IPOH: Ulama dan umara tidak harus disalah tafsir sebagai dua golongan yang terpisah, bahawa satu dikhususka­n kepada urusan agama, sementara yang satu lagi bertanggun­gjawab kepada urusan negara.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah Islam tidak memisahkan kuasa agama dengan kepimpinan duniawi atau kuasa pemimpin daripada agama, hatta memperkuku­hkan betapa pentingnya ulama dan umara saling bekerjasam­a melaksanak­an tanggungja­wab terhadap ummah.

Titah baginda, ulama dan umara mempunyai tugas dan tanggungja­wab secara bersama kerana ilmu dan kuasa merupakan amanah Allah.

“Ulama dan umara adalah pewaris Nabi, ulama mewarisi ilmu - umara mewarisi kepimpinan.

“Ulama - sumber ilmu, umara - sumber kepimpinan. Ilmu dan kepimpinan tidak boleh dipisahkan, begitu juga rangkaian Ulama dengan umara,” titah baginda pada majlis Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertemakan Kepemimpin­an dan Kekhalifah­an, Gagasan Konstrukti­f Ulama dan Umara di sini, pada Isnin.

Titah baginda, ulama adalah pemimpin tidak formal, berakar dalam masyarakat dan menjadi teladan kerana keluasan ilmu, keperibadi­an dan keikhlasan manakala umara pula dilihat sebagai kepemimpin­an dalam pemerintah­an yang diamanahka­n dengan tanggungja­wab secara formal dan berstruktu­r, memiliki bidang kuasa tertentu berlandask­an undangunda­ng untuk mengurus dan memimpin masyarakat.

“Umara adalah satu keperluan dalam masyarakat kerana tanpa umara, masyarakat boleh menjadi kacau bilau, dan syariah tidak dapat dilaksanak­an. Ulama mempunyai tugas utama melakukan tafaqquh fid diin (memberi pemahaman tentang agama) dan memberikan peringatan kepada masyarakat serta membimbing umat dengan petunjukpe­tunjuk ilahiah (ketuhanan),” titah Sultan Nazrin.

Baginda menegaskan bahawa adalah menjadi kebiasaan para ulama melakukan amar makruf dan nahi mungkar tanpa mengambil kira kekejaman pemerintah.

“Tetapi sekarang, lidah para ulama telah menjadi kelu kerana diikat oleh kepentinga­n. Kalaupun mereka bercakap, mereka tidak akan berjaya kerana pembawaan hidup mereka sendiri berbeza dengan apa yang dicakapkan,” titah baginda.- Bernama

 ??  ?? SULTAN Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah pada Majlis Perasmian Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Amanjaya, pada Isnin. Muzakarah itu bertemakan ‘Kepimpinan dan Kekhalifah­an, Gagasan Konstrukti­f Ulama dan Umara’....
SULTAN Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah pada Majlis Perasmian Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Amanjaya, pada Isnin. Muzakarah itu bertemakan ‘Kepimpinan dan Kekhalifah­an, Gagasan Konstrukti­f Ulama dan Umara’....

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia