Utusan Borneo (Sabah)

Rakan sifatkan Mohd Raus tegas dan berpandang­an jauh

-

SEREMBAN:Tegas dan berpandang­an jauh, itulah ciri-ciri kepimpinan bekas pengurus besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Allahyarha­m Mohd Raus Borhan, 72, yang diingati rakanrakan sekerja semasa bekerja di bawah pentadbira­nnya.

Bekas Ketua Pengarang Bernama Datuk Jaafar Hussin, 70, yang pernah bekerja selama tujuh tahun bersamanya berkata Allahyarha­m seorang ketua yang banyak berjasa kepada agensi berita itu.

“Saya merasai kehilangan­nya walaupun saya sudah bersara. Legasi yang arwah tinggalkan masih lagi dalam lipatan sejarah Bernama.

“Beliau merupakan seorang daripada pengurus besar yang memberi banyak sumbangan kepada kemajuan Bernama termasuk semasa saya menjadi ketua pengarang,” katanya.

Mengimbau kenangan bersama Allahyarha­m, Jaafar berkata mereka selalu berjumpa di Selangor Club lantaran masingmasi­ng meminati permainan biliard.

“Walaupun sudah bersara, arwah selalu menghubung­i saya untuk memberikan pandangan dan pendapatny­a semata-mata demi kemajuan Bernama,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi rakan arwah dan bekas pengarang eksekutif Bernama, Zainoor Sulaiman, 70, berkata Mohd Raus seorang yang sentiasa pandang ke depan dan suka menerima cabaran baharu selain banyak memberikan peluang kepadanya untuk mengetuai projek berskala besar.

“Umpamanya, semasa kerajaan melantik Bernama untuk menguruska­n pusat media di Sukan Komanwel, saya telah dilantik untuk menjadi ketua.

Begitu juga semasa penubuhan Bernama TV (kini Bernama News Channel), saya diberi tugas yang sama oleh Allahyarha­m,” katanya.

Mohd Raus berkhidmat dengan Bernama sebagai pengurus besar selama tujuh tahun bermula 11 Mac 1991.

Allahyarha­m meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, di sini pukul 3.45 pagi Isnin akibat penyakit strok otak. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia