Utusan Borneo (Sabah)

Mahmud muncul juara Kejohanan Golf Jepun 2018

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU : Mantan pesara pendidikan, Mahmud Bin Jahar 68, dari daerah ini, muncul juara Kejohanan Golf pelancong Jepun melibatkan lebih 20 peserta termasuk 13 warga Jepun berentap dengan pemain golf tempatan di Ranau Golf and Country (RGCC) di sini baru-baru ini.

Naib johan kategori lelaki disandang oleh Yahumin Jingkong 48 dari Ranau dan tempat ketiganya diberikan kepada peserta dari Kundasang, Kawasin Watiman 42.

Kategori Wanita diungguli Salina Binti Butit dari Ranau manakala dua peserta dari Jepun, Emiko Hiraga 75, dan Momoyo Kubayashi 76, menduduki tempat naib johan dan ketiga pada kejohanan yang julung kali diadakan itu melibatkan pelancong luar negara.

Mantan ahli Parlimen Ranau dan Penyelaras Parti Bersatu Sabah (PBS) Paginatan selaku penaja utama hadiah berupa Piala Pusingan dan piala individu, Datuk Dr.Othman Minudin ketika ditemui, memberitah­u kejohanan itu akan dijadikan acara tahunan sebagai antara usaha menarik para pelancong luar negara termasuk warga Jepun supaya datang melancong ke daerah Ranau yang kaya dengan pusat peranginan menarik.

“Kejohanan ini juga mampu memupuk persaudara­an dan perpaduan dalam kalangan pelancong luar negara khususnya warga Jepun dengan penduduk tempatan”, jelas Othman yang juga Pengurus Pusat Penginapan ‘Slagon Homestay’ Ranau.

Terdahulu wakil pelancong Jepun, Saiji Kubayashi 78, ketika ditemui merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada Othman minudin kerana menaja hadiah kepada para pemenang kejohanan.

“Kami juga berterima kasih kepada pengurusan dan pentadbira­n RGCC kerana menaja hadiah berupa wang tunai kepada para pemenang”, jelasnya sambil berterima kasih kepada para peserta menaja jamuan makan malam sajian makanan tradisi tempatan selain makanan Jepun yang mereka sediakan serta persembaha­n kebudayaan menyerikan lagi suasana majlis penyampaia­n hadiah yang dihadiri Presiden Kehormat RGCC, Jupirin Wong Adamal.

 ??  ?? PARA pemenang dan pemain golf merakam gambar kenangan bersama Othman (dua kanan).
PARA pemenang dan pemain golf merakam gambar kenangan bersama Othman (dua kanan).
 ??  ?? PARA pemenang wanita, dari kanan Momoyo, Salina dan Emiko.
PARA pemenang wanita, dari kanan Momoyo, Salina dan Emiko.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia