Utusan Borneo (Sabah)

80 pasukan berentap di Kejohanan Dart Berpasukan Terbuka Labuan 2018

-

LABUAN: Sebanyak 80 pasukan dari Semenanjun­g Malaysia, Brunei, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan bersaing pada Kejohanan Dart Terbuka Labuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n Labuan 2018 yang memulakan saingan pada Sabtu lalu.

Kejohanan yang berlangsun­g di Ruang Legar Tingkat Dua, Kompleks Ujana Kewangan Labuan itu dianjurkan oleh Persatuan Dart Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Jabatan Belia dan Sukan dan Ujana Kewangan.

Majlis perasmian kejohanan tahunan itu disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli.

Pengerusi Penganjur, Suili Tuah berkata johan bagi kategori Divisyen Satu akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan trofi manakala naib johan menerima RM1,500 dan trofi.

Manakala empat pasukan teratas akan menrima RM800 setiap pasukan dan lapan pasukan terbaik turut menerima hadiah wang tunai RM300 setiap pasukan.

Sementara itu, bagi Divisyen Dua, johan akan menerima RM500 dan trofi, naib johan RM250 dan trofi.

Empat pasukan teratas turut menerima hadiah saguhati berupa wang tunai.

Sementara itu, Pasukan Keningau Ladies Darter yang diwakili Jeffiana Johnny dan Jovina Voon membuat kejutan apabila merupakan satu-satunya pasukan wanita yang menyertai kejohanan tersebut bagi menyaingi kehebatan pemain lelaki yang mengambil bahagian pada tahun ini.

Rozman yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan mengucapka­n terima kasih kepada Persatuan Dart Labuan yang bukan sahaja memberi peluang kepada pemain tetapi juga membantu pihaknya merancakka­n industri pelanconga­n tempatan dengan kehadiran pemain dart dari Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g serta Brunei.

 ??  ?? ROZMAN (duduk dua kanan) bersama pemain yang mengambil bahagian di Kejohanan Dart Terbuka Labuan 2018. Turut kelihatan Suili (duduk dua kiri).
ROZMAN (duduk dua kanan) bersama pemain yang mengambil bahagian di Kejohanan Dart Terbuka Labuan 2018. Turut kelihatan Suili (duduk dua kiri).
 ??  ?? PASANGAN Keningau Ladies Darter bergambar kenangan bersama Rozman.
PASANGAN Keningau Ladies Darter bergambar kenangan bersama Rozman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia