Utusan Borneo (Sabah)

Sabah bangkit bergaya untuk menewaskan Felda United 2-1

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Sabah bangkit daripada ketinggala­n untuk menewaskan Felda United FC menerusi keputusan 2-1 dalam saingan Kumpulan A, Liga Piala Belia 2018 di Mini Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada Ahad.

Saingan pembuka musim baharu itu menyaksika­n pasukan bawah 19 tahun negeri ini dikejutkan dengan jaringan tuan rumah seawal minit keenam menerusi sepakan percuma yang cantik oleh Muhammad Haziq Man.

Keadaan itu membuatkan anak-anak buah Mohd Aiyyman Johnny Abdullah menggandak­an usaha dengan mencipta sekurang-kurang sembilan peluang merbahaya dalam separuh masa pertama tetapi tidak berjaya dijelmakan menjadi gol untuk kedudukan 0-1.

Sebaik babak kedua bermula untuk percaturan 45 minit kedua, Sabah terus mengasak dan berjaya menyamakan kedudukan dalam minit ke-55 menerusi `sepakan penjuru ajaib’ oleh Mohd Sharizan Saidin yang menyaksika­n bola terus membolosi gawang lawan untuk keputusan 1-1.

Jaringan itu terus memberi tekanan ke atas pasukan tuan rumah sebelum Mohd Iqbal Kassim melakukan gerakan cantik dengan melepasi barisan pertahanan lawan dan melakukan rembatan dari dalam kotak penalti untuk gol kedua Sabah dalam minit ke-73.

Kedudukan itu membolehka­n Sabah memperkuat­kan bahagian pertahanan sambil-sambil melakukan serangan sementara menantikan wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan.

“Kita memiliki sembilan peluang dalam separuh masa pertama tetapi kita gagal untuk menyempurn­akannya dengan baik. Para pemain menunjukka­n semangat juang yang kental mencari gol penyamaan dan gol kemenangan.

“Saya sangat teruja dengan kesungguha­n mereka mengharung­i perlawanan sukar itu...dan mereka selayaknya untuk menang.

“Tumpuan kita seterusnya ialah pada Rabu (28 Februari) ini di mana kita akan melawa nan pasukan Bawah 16 Tahun SSMP-AMD Cougarsdi Stadium Penampang,” jelas Aiyyman dihubungi Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia