Utusan Borneo (Sabah)

FAM ambil tindakan tegas

Pemain disabit kesalahan rasuah boleh digantung seumur hidup

-

GEORGE TOWN: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan tegas termasuk penggantun­gan seumur hidup terhadap manamana pemain yang didapati bersalah berhubung isu rasuah atau mengatur perlawanan.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya akan menggunaka­n undangunda­ng sedia ada yang termaktub dalam peraturan FAM dalam mengambil tindakan terhadap pemain yang terlibat.

“Kita ada tindakan kita. Kalau mana-mana pemain kita ada prosedur. Manamana (pemain) yang disabit kesalahan, mengatur perlawanan akan digantung seumur hidup. Tak perlu nak spekulasi, benda tu dah ada dalam peraturan FAM.

Kita perlu lihat (isu bola sepak Sarawak) telah masuk pihak berkuasa ambil tindakan. Jika itu keputusann­ya kita kena akur,” katanya kepada pemberita selepas melawat bekas pemain bola sepak skuad Olimpik negara, V. Krishnasam­y di Pusat Arumperumj­othi Vallaral, di sini pada Isnin.

Pada 21 Feb lepas, Mahkamah Majistret Kuching membebaska­n dengan jaminan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan seorang lelaki disyaki ‘bookie’, yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan Liga Premier.

FAS sebelum ini menerima laporan mengenai ada pemain

“Kita ada tindakan kita. Kalau mana-mana pemain kita ada prosedur. Mana-mana (pemain) yang disabit kesalahan, mengatur perlawanan akan digantung seumur hidup. Tak perlu nak ” spekulasi, benda tu dah ada dalam peraturan FAM. DATUK HAMIDIN MOHD AMIN Setiausaha Agung FAM

yang terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan, selepas Sarawak tumpas 2-3 menentang Felcra FC pada 10 Feb lepas, walaupun pada separuh masa pertama Sarawak sudah mendahului dengan jaringan 2-0.

Hamidin berkata pihaknya menyerahka­n sepenuhnya kepada SPRM dan pihak berkuasa untuk menjalanka­n siasatan terhadap kes itu.

“Kita kena faham FAM ni ada Jawatankua­sa Integriti dan Jawatankua­sa Keselamata­n. Kita ada sampai satu tahap yang dibenarkan iaitu apabila pasukan buat laporan kepada

- Gambar BERNAMA SPRM dan polis, kita perlu serah kepada pihak berkuasa ini.

Kita tak boleh ada spekulasi, kalau sekarang ini (keputusan) kata dia dibebaskan maka dia dibebaskan­lah. Saya ingat semua pihak perlu akur dengan ini sama ada persatuan mahupun penyokong. Selebihnya adalah kuasa pihak berkuasa kita perlu mematuhi,” katanya.

Sementara itu, Krishnasam­y, 70, yang menghidap diabetes sejak enam tahun lalu berharap dapat bertemu dengan rakanrakan sepasukann­ya sewaktu zaman kegemilang­an bola sepak pada tahun 1972.

“Kalau boleh saya nak berkumpul dengan rakanrakan sepasukan terdahulu dan jalan 10 minit atas padang pun seronok. Dulu ada buat perjumpaan, tapi 10 tahun kebelakang­an ini tak ada. Sudah lama saya tidak bertemu dengan mereka,” katanya.

Beliau yang beraksi di sukan Olimpik 1972 kini menginap di Pusat Arumperumj­othi Vallaral dan menerima rawatan di pusat jagaan dan perubatan homeopati swasta itu di Batu Maung di sini. - Bernama

 ??  ?? HAMIDIN berbual dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan yang beraksi pada Olimpik 1972, V. Krishnasam­y, 74 ketika menziarahi beliau di kediamanny­a dekat Taman Bidara, Batu Maung pada Isnin.
HAMIDIN berbual dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan yang beraksi pada Olimpik 1972, V. Krishnasam­y, 74 ketika menziarahi beliau di kediamanny­a dekat Taman Bidara, Batu Maung pada Isnin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia